Sunday 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 

Badan mempunyai mekanisma penyembuhan.

Badan manusia diciptakan Tuhan memiliki mekanisma penyembuhan sendiri. Apatah lagi jika dibantu dengan pengambilan makanan yang berkhasiat serta menyembuhkan. 

Kehidupan di zaman moden ini pula kita sentiasa terdedah dengan pencemaran. Pencemaran asap daripada kilang sebagai contohnya mendatangkan toxin yang membahayakan kesihatan. Toxin yang berkumpul dalam badan inilah yang menjadikan badan tidak sihat dan punca kepada bermacam-macam penyakit. 

Kaedah penyembuhan berasaskan fungsi adalah memberikan fokus untuk mengeluarkan toxin tersebut daripada badan. Itulah yang dinamakan detoxification / detox. Toksin yang menjadi punca penyakit dikeluarkan seterusnya badan dapat melakukan proses penyembuhan yang sebelum itu terhalang akibat toksin tersebut. 

Dr Mark Hyman mengambil kaedah perubatan
berasaskan fungsi selepas mengalami sendiri masalah kesihatan
antaranya akibat keracunan merkuri. Beliau mendiagnosis diri sendiri dan
mencari kaedah untuk menyembuhkan diri ketika itu. 
Mungkin lain jenis penyakit yang dideritai pesakit berpunca daripada masalah yang berbeza. Contohnya ada penyakit yang berpunca daripada masalah usus perut. Ada pula pesakit sebenarnya mengalami alergi terhadap makanan tertentu seperti makanan yang mengandungi gluton. Maka kaedah penyembuhan itu pula akan memberi fokus kepada punca masalah tersebut.

Secara mudahnya ia adalah satu perbuatan memasukkan makanan yang baik dalam senarai pemakanan dan mengeluarkan makanan yang tidak baik. 

Ilmu mengenal pasti makanan yang baik

Mineral dan vitamin yang baik boleh didapati dari sumber alami.
Mempelajari untuk mengenal pasti apa itu makanan yang baik dan apa makanan yang tidak baik adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Kerana jika seseorang itu sihat berbagai kerja boleh dilakukan dan memberikan manfaat kepada diri dan manusia yang lain. 

Secara umumnya, makanan yang baik itu bukanlah datang dari proses pengilangan. Ia bukan dari dalam tin. Bagi suasana ekonomi perkilangan yang pesat di USA, ini menjadi masalah kepada rakyatnya. Kerana hampir kebanyakan makanan itu adalah yang diproses di kilang dan rakyatnya sudah terbiasa memilih makanan yang sudah diproses. Gaya pemakanan yang tidak sihat ini adalah punca kepada berbagai penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, kanser, buah pinggang yang bermasalah, alzheimer, depresi dan lain-lain. 

Sayuran dan salad segar
mempunyai khasiat penyembuhan.
Sebaliknya, sumber alami sayur-sayuran segar dan berwarna-warni, buah-buahan serta biji-bijian seperti flax seed dan chia seed mempunyai zat serta khasiat membantu penyembuhan. 

Malah minyak tepu yang telah dikenal pasti sebagai sihat oleh pakar nutrisi seperti minyak kelapa sebenarnya bahan makanan yang sihat dan mempunyai omega-3 yang merupakan sumber lemak yang baik. 

Bagi Dr Hyman, makanan itu bukanlah semata-mata wujud secara fizikal tetapi ia mengandungi maklumat seakan-akan arahan samada ia mengarahkan sesuatu yang baik atau pun tidak baik. 


Kiri-Sebelum / Kanan- Selepas
Selepas 2 bulan pesakit kanak-kanak yang dirawat oleh Dr Hyman bukan sahaja
telah hilang simtom-simtom penyakit dan berubah sihat tetapi terdapat penambahbaikan
yang ketara dari segi kualiti tulisan tangannya. Ini salah satu petanda atau bukti yang menunjukkan penyakit
bukan hanya simtom semata-mata tetapi satu perkaitan di antara faktor-faktor yang pelbagai. 

Integrasi kaedah penyembuhan.

Berbanding dengan perspektif kaedah perubatan konvensional yang melihat sesuatu aspek itu secara berasing-asingan seperti penyakit mata akan dihantar kepada pakar sakit mata dan penyakit jantung akan dihantar kepada pakar jantung, kaedah Perubatan berasaskan fungsi melihatnya dari segi holistik. Semua perkara mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. 

Pengamal perubatan berasaskan fungsi mengambil pendekatan untuk menyambungkan titik-titik permasalahan bagi mendatangkan kesimpulan yang tepat. 


Pengaruh terhadap kesihatan itu bukanlah fizikal pemakanan semata-mata tetapi ia juga mengambil kira cara berfikir, emosi dan spiritual. Oleh yang demkian, gaya hidup sosial yang baik juga adalah termasuk dalam kaedah penyembuhan. 

Tahap spriritual seseorang itu mempunyai kesan kepada fizikal badan dan juga sebaliknya. Tekanan yang datang boleh jadi dalam bentuk fizikal dan juga bukan fizikal. Stress atau tekanan juga boleh menjadi salah satu punca menghalang kepada penyembuhan. 

Seseorang yang berfikiran yang negatif sudah tentu tidak dapat mengamalkan apa yang positif seperti apa yang terkandung dalam posting ini walaupun sebenarnya ia adalah mudah. 

Seseorang yang tidak percaya kepada sesuatu kewujudan tidak dapat mengambil manfaat daripada wujudnya sesuatu itu.

Oleh itu, kaedah penyembuhan itu bukanlah semata-mata menelan pil-pil ubat klinik atau hospital. 

Ia juga bukanlah sekadar nama-nama simtom dan apakah ubat klinikal yang memadam simtom-simtom itu. 

Pengamal Perubatan berasaskan fungsi mengesan ketidakseimbangan dalam sistem asas kesihatan manusia dan menumpukan kepada kaedah untuk penyeimbangannya. 

Kesimpulannya Perubatan berasaskan fungsi itu adalah satu pendekatan mencari penyembuhan kepada penyakit secara komprehensif dan menyeluruh dengan menangani punca penyakit dan bukannya simtom. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...