Saturday 7 October 2017

Meneliti Penipuan Bisnes Pemaju Perumahan Gaya Piramid


Tawaran Harga Rumah Murah

Harga ditawarkan RM50 ribu untuk sebuah rumah.
Terbuka untuk 120 pembeli terawal sahaja

Harga Rumah asal adalah RM150 ribu. 

Macamana boleh lebih murah?

Sebab menggunakan teknologi khusus lagi istimewa yang dibangunkan di luar negeri dan terbukti lagi penggunaannya. 

Syarat-syarat Penyertaan
1. Ada tanah sendiri
2. Mesti ada duit (tunai)
3. Kena menunggu 6 - 12 bulan untuk proses pembinaan rumah yang lengkap.

Sekiranya bayar secara staging/staggered/ansuran berperingkat, perlu bayar harga asal iaitu RM150 ribu.

Lain-lain syarat : Tanah perlu diratakan / disediakan sendiri.

(Contoh Makcik Langkawi tanggung kos sendiri sediakan tapak)

Untuk pengetahuan syarikat sahaja

Kos pembinaan rumah untuk kontraktor = RM80 ribu.
Syarikat untung = RM70 ribu. 


Modus Operandi 

1. Juga dikenali sebagai Piramid Cabang 3.

2. Setiap tiga pembeli yang membayar harga rumah RM50 ribu, 1 rumah yang mempunyai kos RM80 ribu akan dibina. Syarikat akan mengambil RM70 ribu sebagai keuntungan. HARGA SEBENAR RUMAH ADALAH RM150 RIBU. Ini juga bermakna pembeli pertama menggunakan duit pembeli ke-2 dan ke-3 yang berjumlah RM100 ribu untuk membina rumah idamannya.

3. Seterusnya pembeli ke-2 akan menggunakan duit pembeli ke-4 (RM50 ribu) dan duit pembeli ke-5 (RM50 ribu) bagi membina rumah idamannya pula yang juga sebenarnya berharga RM150 ribu. Ini kerana duit pembeli ke-2 dan ke-3 telah diambil untuk membina rumah pembeli pertama. 

(Ini akan berlaku sehingga 40 pembeli pertama)

4. Sekiranya ada 120 orang yang membayar RM50 ribu, jumlah keseluruhan dana terkumpul adalah RM6 juta.

5. Daripada RM6 juta ini sebanyak 40 rumah berharga RM150 ribu dapat dibina dengan menggunakan kontraktor. 

RM150 ribu x 40 = RM6 juta. 

6. Maka daripada 120 orang pembeli, hanya 40 orang pembeli pertama akan mempunyai kos lengkap bagi pembinaan sebuah rumah berharga RM150 ribu. 

7. Kesannya seramai 80 orang pembeli daripada 120 orang itu yang tidak mempunyai dana untuk sebuah rumah berharga RM150 ribu. Ini kerana 40 orang pembeli terawal tadi telah menggunakan duit yang dibayar oleh 80 orang pembeli terkemudian.

Perancangan Rapi Untuk Menipu

1. Walaupun on paper nampak cantik, yakni hanya 80 orang sahaja yang sangkut tetapi perlaksanaannya tak semudah yang dirancang. Mungkin sahaja perlaksanaannya memang cekap pada permulaannya contohnya 10 orang pertama tetapi sebenarnya ketidakcekapan boleh menyebabkan ianya tak sampai 40 orang pun dah kantoi. Kewibawaan seorang scammer dan aura persona serta pengalaman menipu berbelas atau berpuluh tahun sangat-sangat membantu ketika krisis seperti ini.

2. Antara ketidakcekapan adalah kerana terburu-buru mengikut nafsu. Oleh itu dalam penipuan dalam skim piramid seperti ini kesabaran yang tinggi adalah perlu bagi mencapai matlamat yang dihajati. Kesabaran bukanlah diperlukan untuk buat pekerjaan baik saja tau. Nafsu scammer mungkin terdorong untuk merembat duit lebih, kesannya mengganggu plan asal sehingga tak menjadi piramid cabang 3 tapi dah cabang 4 atau lebih. 

3. Escape route: Ya.. ini termasuk fundamental. Inilah yang menyebabkan scammer ulung mendabik dada mengaku Ayahanda. Menipu berulang-ulang kali, melesapkan berjuta-juta duit rakyat termasuklah makcik-makcik kampung yang tak tahu apa-apa tetapi masih dapat melepaskan tanpa diri dikenakan tindakan undang-undang. 

4. Plan.. plan.. plan. Dalam planning untuk menipu orang ramai, planning yang rapi adalah sangat fundamental bersamalah sekali escape route tu. Kalau tak ada escape route janganlah nak bermimpi. Untuk zaman ini, alasan kena tipu oleh syarikat lain itu mungkin dah outdated. Kena fikirkan alasan yang lebih maju dan diluar kotak. Dalam perkiraan atas kertas, risikonya ada 80 orang daripada 120 orang pembeli bakal membuat laporan polis. 

5. Value added : Tunjukkan nilai-nilai Islamik. Bercakaplah dengan perkataan-perkataan yang soleh dan solehah seperti alhamdulillah, syukur atas rezeki, buat solat hajat, mencari kebenaran, membantu orang susah, meningkat ekonomi umat dan sebagainya. Sekiranya berpeluang muncullah dalam program acara TV yang Islamik bagi mempromosikan produk-produk yang telah "dirancang". Value added seperti ini apabila digabungkan dengan fundamental, tak menghairankanlah jika dapat menghasilkan keuntungan berjuta-juta dalam masa yang singkat.

Keywords 

Rumah Murah
Teknologi Luar Negeri
Projek Pembinaan Rumah
Bahan pembinaan rumah murah
Skim piramid 
Matriks piramid
Rumah rendah dari harga pasaran
Penipuan rumah banglo murah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...