Wednesday 30 August 2017

Yati Ayam Percik Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan.




Kalu demo gi Kota Bharu, demo buleh singgah sini. Di Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan.

Zaman ni nasi kerabu ada di mana-mana kerana anak-anak Kelantan yang berhijrah ke luar negeri Kelantan mencari rezeki di tempat lain. Kebiasaan nasi kerabu yang dijual adalah berwarna biru yang mendapat warnanya dari bunga Telang.

Keunikan nasi kerabu di Yati Ayam Percik ini ialah nasinya samada berwarna putih atau pun hitam. Tiada nasi kerabu berwarna biru.


Rasa Nasi Kerabu Yati Ayam Percik


Tipikal nasi kerabu ia digaul dengan ulam-ulaman. Begitu juga nasi kerabu di Yati Ayam Percik. Cuma ia tidak berwarna biru. Ia tidaklah pedas seperti nasi kerabu biru yang biasa anda makan dan beli di tepi-tepi jalan. Jika dimakan dengan ayam percik Yati rasa manis oleh kuah likat ayam percik akan menjadi dominan. 

Nasi kerabu putih, solok lada dan ayam percik.
Ayam Percik Yati

Ayam Percik Yati adalah kebiasaan ayam percik versi Kelantan. Tidak seperti ayam percik yang dikenali orang pantai barat Malaysia, yang mempunyai kuah pedas berwarna merah atau sedikit berkacang, ayam percik Kelantan menggunakan kuah santan. Biasanya berwarna putih atau sedikit coklat. 

Keistimewaan kuah ayam percik Yati ini ialah ianya sedikit likat berbanding dengan kuah santan ayam percik Kelantan yang lain. Rasanya adalah manis dan seolah-olah rasa karamel. Mungkin itulah yang menjadi tarikan pengunjung yang ramai datang ke sini. Ketika krew Incikposmen datang ke sini, kelihatan juga pengunjung berbangsa Cina dan India yang turut menikmati hidangan di restoran tepi jalan ini.

Merasai nasi kerabu di sini adalah pengalaman yang unik kerana ia berbeza dengan nasi kerabu yang lain. 

Jika anda tidak inginkan lauk ayam, anda boleh juga memilih lauk yang lain seperti ikan keli percik, ikan salut tepung, daging kerutup dan juga gulai kawah.

MENU LAIN : KUIH MUIH KELANTAN

Pelbagai juadah kuih muih tradisional Kelantan
dan juga kontemporari yang sedap.

Restoran Yati Ayam Percik meriah dengan pengunjung sejak dibuka
jam 12.00 tengahari sehinggalah 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...