Tuesday 5 January 2016

Sirih, Sireh.


Tetiba kan, aku terasa nak bercerita pasal sirih @ sireh. Aku pun tak tahu kenapa sirih tiba-tiba terdetik dalam fikiran aku. Mungkin sebab aku dah lama tak makan sirih. Atau pun aku terpandang pokok sirih kat luar rumah tu secara tidak sedar.

Nenek moyang orang melayu memang pemakan sireh. Kiranya sireh ini semacam snack orang melayulah zaman dulu. Zaman sekarang ni ramai yang tak pernah makan sireh. Makanya ramailah yang tak tahu macamana rasa sireh yang unik dan semacam "pedas" itu.

Ada yang makan dan luah balik sebab tak biasa dengan rasa daun ini.

Sireh ni memang banyak khasiat sebenarnya. Ada juga kajian klinikal yang menunjukkan kelebihan daun sireh ini jika diamalkan. Menurut kajian ini sireh berpotensi menstabilkan paras gula jika diamalkan. Cara pemakanannya ialah diambil selepas makan.

Selain dimakan begitu sahaja, ada juga amalan yang memakan sirih dengan diletakkan asam jawa. Rasanya juga agak menarik jika dilakukan begini.

Untuk dijadikan ubat batuk pula, sireh dicampurkan dengan madu. Pastikan madu yang asli.

Ada yang mengamalkannya dengan merebus daun sireh dengan air. Ini sangat mujarab untuk kesihatan yang baik. Ada kenalan yang mengamalkannya dan sentiasa sihat. 

Orang dulu-dulu makan sireh dengan campuran bahan lain seperti kapur, gambir, buah pinang, tembakau dan lain-lain. Ada juga orang apabila mereka mengunyah sireh ini akan membuang dengan meludahnya. Air ludahan itu akan berwarna merah. 

Sekarang ini jarang sekali kita dapat melihat fenomena seperti ini. Sebab orang dah kurang mengamalkan makan sireh. Sedangkan dulu bila berkunjung ke rumah orang melayu, mesti dihidangkan sireh dalam tepak sireh. Kita pun berbual mesra sambil mengunyah sireh. Baru gentleman. 

Sekarang kalau ada pun tepak sireh, sekadar perhiasan semata-mata. Hmm.. mungkin aku boleh sediakan tepak sireh dan kalau tetamu datang aku hidangkan (paksa) mereka makan. Mesti ramai yang tak pernah rasa sireh. Kalau datang rumah aku kena makan sirehlah ya. 

Bila buat artikel ni, aku pun termotivasi nak makan sireh balik. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...