Thursday 25 January 2018

Teknologi Dajjal - Project Blue Beam

Teknologi fitnah Dajjal di akhir zaman.
Kisah fitnah Al-Dajjal

Pertama sekali, incikposmen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Auni Mohamad kerana menimbulkan tajuk Projek Blue Beam ini dalam salah satu ceramah beliau. Dengan berbuat demikian, mudahlah kami untuk memperincikan lagi tajuk Projek Blue Beam ini supaya ia lebih jelas dan dapat difahami oleh umum.

Sememangnya tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Eskatalogi Islam dan fitan akhir zaman ini adalah sesuatu yang amat luas. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keadaan penduduk bumi kini yang melalui zaman moden serba canggih dengan teknologi yang semakin berkembang. 

Pendek kata, untuk memahami topik-topik dari satu bidang yang amat luas dan rumit ini memerlukan keutamaan pemilihan tajuk-tajuk dan pencernaan tertentu bagi memudahkan kefahaman umum.

Dengan memilih tajuk Project Blue Beam dari berbanyak tajuk yang lain, mudah-mudahan dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman pembaca-pembaca sekalian dalam memahami satu bidang yang banyak berkaitan dengan konspirasi dan agenda raksasa / grand design ini (Ustaz Auni juga ada membicarakan tajuk-tajuk yang lain). 

Setiap tajuk berkaitan fitan akhir zaman ada perkaitan dengan tajuk-tajuk yang lain. Memahami satu tajuk adalah membantu kefahaman secara keseluruhannya.

Apakah Itu Project Blue Beam?


Gambaran semata-mata. Kejadian sebenar mungkin berbeza dari paparan.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.
Bagi memahami apa itu Project Blue Beam, penulis akan menggunapakai artikel yang ditulis sendiri oleh seorang warga Kanada bernama Serge Monast (Rujukan di bawah). 

Serge Monast (Hidup 1945 - 5 Disember 1996) adalah seorang jurnalis yang bersama beberapa jurnalis yang lain, telah membuat siasatan dan kajian terhadap Projek Blue Beam ini seterusnya membuat pendedahan mengenainya kepada umum. 

Serge Monast
Beliau kemudiannya telah meninggal dunia secara misteri dengan laporan perubatan mengatakan sebab kematian adalah serangan jantung. Sedangkan beliau sebelum itu tidak pernah mempunyai sejarah jantung yang bermasalah.

Project Blue Beam atau Projek Pancaran Biru adalah satu projek di bawah NASA (Agensi angkasa Amerika Syarikat) yang bertujuan untuk menerapkan satu kefahaman agama baru yang berdasarkan konsep New World Order atau Pemerintahan Baru Dunia. 

Kemuncak pemerintahan ini adalah munculnya satu individu / entiti yang akan diperkenalkan sebagai tuhan kepada seluruh penduduk bumi.

Dalam kata lain, Project Blue Beam ini adalah usaha oleh pihak tertentu untuk menjayakan rancangan supaya seluruh penduduk bumi menerima kedatangan individu ini sebagai tuhan mereka.

Konsep New World Order



Kredit : Youtuber Steve Piotrowski
Antara ucapan mengenai New World Order 
oleh George W Bush Senior

Bila membicarakan topik seperti ini memang sudah rencah, ada yang akan mendakwa ianya dongeng, khayalan atau mengarut sahaja. Dakwaan ini memang sudah menjadi lumrah sejak ia diperbincangkan manusia lagi. 

Tetapi tiada pula yang berani bertanyakan kepada pemerintah-pemerintah tertinggi di dunia moden sekarang seperti Amerika Syarikat dan negara-negara besar yang lain kenapa mereka begitu obses dengan konsep pemerintahan New World Order? Apakah matlamat mereka dengan New World Order itu? 

New World Order = Pemerintahan Baru Dunia

Jika ada rakan anda yang mengatakan New World Order ini mengarut, biarkanlah sahaja dia itu. Kerana konsep ini telah pun menjadi ucapan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan lain-lainnya. Malah ia bukan rahsia lagi. 

Bukti-bukti sudah banyak bertebaran tetapi dia tidak mahu mengambil endah dan memahaminya. Orang inilah sebenarnya seperti katak di bawah tempurung. 

Target Project Blue Beam


Serge Monast di dalam artikel tersebut menyatakan matlamat utama projek ini adalah untuk mendatangkan satu kepercayaan baru atau agama yang universal kepada seluruh umat manusia. Oleh kerana pemerintahan diktator ini dikatakan tidak boleh berhasil kecuali terhadap penduduk bumi yang mengganut satu fahaman yang sama. 

Kumpulan yang menjadi target utama mereka ialah kepercayaan pengganut agama Islam dan Kristian. Sesuatu akan dilakukan kepada kepercayaan agama Islam dan Kristian supaya ianya boleh tuning atau diselaraskan mengikut kepercayaan yang didatangkan oleh individu (Dajjal) yang ditunggu-tunggu tersebut. 

Sehingga tahun 1994 artikel beliau ditulis, teknologi Project Blue Beam ini telah dibina dan dirahsiakan bagi menunggu hari kejadian yang bakal mendatang. 

4 Langkah Utama Projek Pancaran Biru

Ada 4 langkah utama yang menjadi tunggak projek ini;

1) Teknologi gempa bumi dan penemuan-penemuan arkeologi kuno.



Penggunaan teknologi gempa bumi bagi merekahkan tempat-tempat tertentu yang akhirnya menemukan arkeologi lama. 

Arkeologi ini akan digunakan untuk menjadi bukti kepada pihak New Word Order untuk berhujah mendakwa kefahaman agama-agama yang dianuti kebanyakan manusia seperti Islam dan Kristianiti adalah tersilap atau tersalah tafsir.

Mungkin bagi agama Islam yang berasaskan sumber Al-Quran dan Al-Hadis, mereka menghadapi masalah sedikit kerana kedua-dua sumber itu dijaga dan dipelihara Allah Azza wa Jalla sehingga ke akhir zaman. 

Tetapi mereka akan mengambil jalan yang lain untuk menyerang agama Islam. Apa yang akan diperhujahkan bukanlah sumber yang sedia ada tetapi cara menafsirkan sumber Al-Quran dan Al-Hadis itu. Mereka akan datang dengan penafsiran mereka yang tersendiri.

Filem berdasarkan Novel Dan Brown, antara siri novelnya yang
menyerang doktrin fahaman mazhab Kristian Katolik.
Bagi agama Kristian sendiri, pihak New World Order ini telah lama berjaya menyusup masuk ke dalam cabang-cabang agama tersebut. Ini jelas dengan bukti dari kajian ramai pengkaji. 

2) Penzahiran lembaga dalam bentuk 3 dimensi yang realistik kepada seluruh penduduk bumi.



Bayangkan satu imej besar tiba-tiba muncul di langit dan mendakwa dirinya tuhan. Anda melihat orang sekeliling anda secara tiba-tiba mempercayainya seterusnya memberikan ikrar untuk beriman, taat dan patuh kepadanya. Agaknya apakah reaksi anda pada ketika itu?

Sekiranya anda menzahirkan penentangan anda, anda akan dilihat menentang arus! Apatah lagi penduduk bumi sudah dipupuk untuk mengikut trend, merujuk perkara yang viral dan memilih sesuatu yang popular. 

Penentangan bermakna anda akan dipinggirkan dan anda keseorangan. Itu belum lagi ancaman-ancaman yang dikenakan kepada sesiapa yang tidak menselaraskan diri dengan arus perdana ketika itu. 


Teknologi yang bukan rahsia (Tahun 2012):
Snoop Dog kiri menyanyi Rap bersama Hologram
Mendiang Tupac Shakur (kanan).

Teknologi yang rahsia pula bagaimana??
Dalam tahun 1994 ketika artikel beliau ditulis pun teknologi Hologram yang diperkatakan hanyalah fantasi di dalam cerita Star Wars sahaja. Kemudian dalam tahun 2012, teknologi Hologram ini mula digunakan secara komersial di dalam konsert muzik.


Artikel menyatakan teknologi Hologram ini adalah berbentuk 3 dimensi yang begitu realistik disertakan dengan bunyi dan ia berbentuk pelbagai imej kepada setiap kawasan regional di seluruh dunia. 

Dijadikan untuk memapar pelbagai imej yang direka berdasarkan sasaran yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan atau pegangan tertentu. Mesej yang dikomunikasikan akan dapat difahami oleh semua orang walaupun berbeza bahasa percakapan. 

3) Komunikasi 2 Hala secara Telepatik Electronik


The third step in the NASA Blue Beam Project is called the Telepathic Electronic Two-Way Communication. Lt. Col John Alexander's article continues: 
"If it is possible to feed artificial thought into the multigenic field via satellite, the mind control of the entire planet is now possible. An individual's only resistance would be to constantly question the motivation behind their thoughts and not act upon thoughts which they consider to be outside their own ideological, religious and moral boundaries.'"

Terjemahan

Langkah ke-3 dalam Projek Blue Dream NASA dinamakan sebagai Komunikasi 2 Hala secara Telepatik Electronik. Lt Col John Alexander dalam artikelnya menulis;



"Jika ia adalah sesuatu yang mungkin untuk memasukkan gelombang fikiran buatan ke dalam kawasan multi-gen manusia melalui satelit, maka untuk mengawal minda manusia seluruh planet bumi ini bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. Apa yang menjadi penghalang bagi seseorang individu itu adalah jika dia sentiasa mempertikaikan kemasukan hasutan-hasutan di dalam fikirannya dan dia tidak mengikut keadaan fikirannya pada waktu itu, disebabkan  mereka menganggap hasutan-hasutan itu di luar batasan ideologi, agama dan moral yang dipegang oleh mereka."

Walaupun terdapat artikel saintifik yang membincangkan teknologi yang mengawal fikiran manusia ini seperti di atas, tetapi tidak ramai yang tahu dan membaca seterusnya faham apa yang berlaku. Maka ramai yang tidak sedar dan bakal menjadi mangsa. Ada yang mendapat tahu tetapi tidak percaya juga menjadi mangsa akhirnya. 

Dengan teknologi telepatik elektronik seperti ini, manusia yang menjadi target bukan sahaja melihat imej super-human di angkasa tetapi juga akan diasak dengan hasutan-hasutan yang masuk ke dalam minda yang mendorongnya untuk mempercayai apa yang dilihat dan didengarinya berkenaan imej tersebut.
Dikatakan oleh orang yang mencipta teknologi itu sendiri, hanya mereka yang kuat pegangan kepada
ideologi, agama dan moral sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk tidak terpengaruh atau
dirasuk oleh pancaran gelombang tersebut.

4) Penzahiran kuasa supernatural dengan teknologi elektronik 



Serge Monast menyatakan individu (Dajjal) yang menjelma itu akan menunjukkan bermacam-macam kebolehan supernatural ataupun benda-benda yang mencarik adat. Kebolehan ini adalah berasaskan teknologi yang selama ini dirahsiakan. 

Sebelum terjadinya itu, satu rancangan perlu dilaksanakan iaitu mewujudkan rasa takut, cemas dan kucar kacir di kalangan manusia atas muka bumi. Ini bertujuan mewujudkan suatu masalah kepada semua manusia supaya mereka terdesak dan berfikir untuk mencari jalan keluar atau jawapan kepada masalah berkenaan.
Order Ab Chaos
Aturan yang lahir dari kekacauan.
Daripada kekacauan itulah mereka mengambil manfaat.
Pepatah Melayu : menangguk di air yang keruh.
Ketakutan itu adalah hasil daripada serangan alien yang diada-adakan oleh pihak New World Order yang menyebabkan ketakutan secara beramai-ramai. 

Penduduk bumi telah lama dipropagandakan supaya menerima hero-hero supernatural atau pun yang mempunyai kekuatan luar biasa bagi menyelamatkan mereka melalui filem-filem yang ditonton. 

Ketika kerisauan yang mencengkam ini datanglah superhero yang boleh diharapkan menyelamatkan bumi dari perbuatan orang-orang jahat tersebut.

Teknologi alien yang tersangat maju dan tak dapat ditandingi manusia.
Antara contoh superhero.
Oh, atau anda masih berfikir industri perfileman Hollywood
hanya semata-mata hiburan? 
Klimaksnya datanglah "penyelamat" kepada musibah
yang melanda manusia ketika itu.
Perlu diingat bahawa ini adalah pandangan Serge Monast yang menulis artikel hanya berdasarkan kajian beliau dan rakan-rakan bersumberkan maklumat yang diperolehinya. 

Sudah tentu kajian tersebut tidak berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis yang menjadi sumber utama umat Islam khususnya yang berkaitan dengan peristiwa fitnah akhir zaman seperti kemunculan Dajjal, Yakjuj Makjuj dan lain-lain. Jika ada pun mungkin berdasarkan Bible agama Kristian yang juga ada menyebut mengenai Dajjal yang selalu disebut-sebut sebagai Anti-Christ.

Walaubagaimanapun kajian mengenai teknologi moden rahsia ini sudah menunjukkan sesuatu. Persoalannya mengapa teknologi moden yang dibina dan dimajukan digunakan untuk tujuan propaganda dan memperhambakan penduduk bumi. 

Kajian Serge Monast walaupun menunjukkan sesuatu dan petanda peristiwa fitnah akhir zaman tetapi sudah tentu bukanlah kajian yang lengkap. Sudah tentu apabila pihak New World Order apabila mengetahuinya akan melakukan sesuatu kerana adanya pendedahan. 

Atau adakah pendedahan Serge Monash tak memberikan kesan yang signifikan pun? Seperti kes 9/11?

Soalan : Berapa jumlah bangunan yang runtuh?
Jika kita melihat kejadian 9/11 di New York dalam tahun 2001, mereka sudah begitu tekad. Jika mereka sanggup merancang dan melakukan itu, maka mereka akan sanggup melakukan perancangan seterusnya. 

Mereka sudah tidak peduli walaupun ramai pihak termasuk universiti-universiti kejuruteraan mengatakan bangunan-bangunan tersebut tidak sepatutnya runtuh dalam keadaan meletup meninggal sisa-sisa debu. Mereka tidak peduli jikalau ia tidak logik atau tidak saintifik sekalipun. 

Anehnya ramai yang seolah-olah dipukau, tidak dapat berfikir kenapa ada 3 bangunan yang runtuh dan bukannya 2? Inilah dia contoh pementasan berskala besar tersebut. 

Seolah-olah ada pihak di belakang tadbir yang meinginkan segalanya dipercepatkan. 

"Perlantikan" Donald Trump sebagai Presiden US ini pula dilihat bermotifkan sesuatu. Apakah yang Donald Trump akan buat? 

Setakat ini beliau telah menyerahkan Palestin (Baitul Muqaddis) kepada Israel. Apakah selepas itu?

Rujukan 

http://educate-yourself.org/cn/projectbluebeam25jul05.shtml
Ceramah Ustaz Auni Mohamad

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...