Saturday 18 November 2017

Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah

Bagi menghasilkan produk makanan yang
sedap pada lidah pelanggan,
konsistensi dalam menyediakan
 ramuan resepi adalah
penting.
Bisnes ni kan mengenai produk samada bentuk barang atau servis. End-product yang nak dilahirkan tu seharusnya mencapai kualiti yang terbaik bagi pelanggan. Dalam usaha mencapai ke situ bermacam-macamlah teknik dan kaedah yang digunakan untuk memperbaiki mutu penyampaian atau pun servis.

Bagi memperbaiki servis, ada yang menggunakan kaedah problem-solution dari bermacam-macam pendekatan. Jadi banyaklah laboratory yang dilaksanakan bagi berbincang, memikirkan dan keluar dengan jalan penyelesaian yang jitu. 

Ada kalanya hasil daripada kaedah mencari penyelesaian ini adalah dengan mewujudkan "guidelines". Guidelines atau garis panduan inilah yang memandu tindak-tanduk pekerja supaya dapat meminimumkan kerosakan atau kesilapan dan memaksiumkan hasil yang mendatangkan produk atau servis lebih berkualiti. 

Kepatuhan kepada garis panduan menjadi disiplin utama bagi servis-servis yang memerlukan keselamatan pada di tahap paling tinggi. Contoh seperti ini boleh dilihat dalam bisnes penerbangan. Bisnes ini memerlukan keadaan kapal terbang sentiasa berada di dalam keadaan paling tip-top dan sebarangan kesilapan mungkin boleh membawa kecelakaan. 

Tetapi malangnya, walaupun guidelines dikenalpasti sebagai produk penyelesaian kepada punca masalah, ramai di antara yang menjalankan bisnes tidak mengambil endah kepada kewujudan guidelines. Akhirnya guidelines hanyalah menjadi aksekori di letaknya dalam laci meja atau sebagai dokumen yang tidak membawa makna apa-apa kepada praktikaliti. 

Dalam sesetengah kes, jika punca masalah kepada sesuatu itu ditangani dengan pewujudan guidelines, maka ketidakpatuhan kepada guidelines selepas itu membawa balik keadaan menjadi zero. Seolah-olah tiada hasil penyelesaian pernah diusahakan. 

Jika punca masalah itu membawa fataliti, maka ancaman yang sama akan datang kembali. Begitulah juga sekiranya ia membawa apa jenis masalah pun, masalah itu akan datang kembali.

Kadangkala guidelines memang sudah ada tetapi ketidakpatuhan kepada guidelines itulah yang menjadi punca masalah. Kadangkala masalah yang sangat rumit pula boleh sahaja diatasi dengan kembali mematuhi guidelines. 

Dalam kes bisnes penerbangan tadi, setiap garis panduan pada mana peringkat pun akan cuba dipatuhi sebaik-baiknya oleh pekerja-pekerja termasuklah pilot, krew, engineer dan technician. Walaupun kesilapan kecil seperti kegagalan memasang satu skrew boleh mendatangkan masalah kepada kapal terbang dan boleh menyebabkan fataliti. 

Dalam hal bisnes yang lain, sebagaimana contoh yang berlaku dalam dunia bisnes sekarang ini, ada masalah yang dilihat besar dan menggemparkan sebenarnya tidaklah sesusah mana untuk menyelesaikannya. 

Caranya minta semua yang terlibat perhatikan manual atau garis garis panduan yang diberikan dan jangan lari daripada garis panduan itu. Ianya semudah itu !! Bayangkan banyak masalah dapat diatasi atas faktor ini sahaja. 

Kenapalah adanya garis panduan tapi nak ikut kan?? Pelik dan aneh mentailiti dan budaya seperti ini. 

Tetapi kalau ada garis panduan tapi masih mengikut cara sendiri dan sesuka hati, itulah mentaliti yang salah dan sepatutnya mentaliti ini tidak berada di tempatnya hanya bagi dibiarkan melakukan kesalahan dan kesilapan. 

Kita ikutlah budaya yang benar dan produktif.

As simple as that. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...