Saturday 16 December 2017

Rahsia Perancangan Israel Menawan Baitul Muqaddis

Umat Islam marah apabila Amerika Syarikat mengumumkan Baitul-Muqaddis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini. Kemudian berlakulah perbincangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia tentang apa yang sedang berlaku dan bagaimana Israel yang dianggap memerintah dunia secara proksi serta mencapai matlamatnya bagi menawan Baitul-Muqaddis.

Chistopher Bollyn adalah seorang Jurnalis Penyiasatan yang mengkaji perancangan dan gerakan Zionis Israel, iaitu gerakan yahudi zionis bagi merampas Baitul-Muqaddis dan membina apa yang mereka namakan sebagai Kuil Nabi Sulaiman. 

Selain itu, Chistopher turut menceritakan perkaitan kejadian 9 / 11 di World Trade Center, New York yang menjadi teras kepada perancangan Israel dalam gerakan memerangi musuh yang direka-reka mereka dan dinamakan sebagai kempen memerangi keganasan. 

Berikut adalah terjemahan Bahasa Melayu (secara bebas) kepada dialog oleh Christopher sewaktu Open Mind Conference 2016 yang jelas dapat menggambarkan apa yang sedang berlaku di dunia kini dengan pembabitan Israel.


Chistopher Bollyn

Bagaimana Idea Dijual Oleh Israel


"Sebenarnya, apa yang dinamakan kempen memerangi keganasan ini yang dipentaskan di seluruh dunia bermula pada tahun 1979 di Israel. Di Institut Netanyahu, dalam satu Persidangan yang dinamakan Persidangan Jurusalem, Keganasan Antarabangsa."

"Persidangan ini adalah selama 3 hari, ia dianjurkan oleh Kerajaan Israel yang diketuai oleh Menachem Begin, Mr Netanyahu dan ayahnya. Mereka ini adalah penyelaras utama. Juga George  Walker Bush, pada masa itu merupakan calon untuk Timbalan Presiden Amerika Syarikat dalam tahun 1979. 

"Dalam Persidangan tersebut, satu doktrin atau idea telah dibentangkan kepada Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang menjadi sekutu Israel, mengenai keperluan untuk mereka menyertai peperangan memerangi keganasan di Timur Tengah (negara-negara Arab) bagi menentang apa yang mereka namakan sebagai kumpulan pengganas yang memerangi Israel. Dan juga terhadap negara-negara yang memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan pengganas ini."
"Mereka mempromosikan idea bahawa negara-negara barat haruslah menyertai peperangan terhadap pengganas-pengganas Islamik. Mereka menamakan musuh mereka sebagai "Islamic Terrorist / Pengganas Islam."

"Ini kerana Netanyahu yang menjual idea itu memberikan alasan bahawa Israel telah menjadi target kepada pengganas-pengganas Islam kerana negara itu mengamalkan nilai-nilai barat. Israel menjadi target kerana ia adalah negara pengamal nilai-nilai barat yang paling dekat kepada pengganas-pengganas Islam ini. Target sebenar pengganas-pengganas Islam ini adalah negara-negara barat."

"Oleh itu, adalah wajar supaya Amerika Syarikat serta negara-negara barat untuk mengetuai peperangan terhadap kumpulan seperti ini. Atas alasan ia adalah penting bagi negara-negara barat bagi mempertahankan nilai-nilai baratnya. Dengan cara itu, Israel menjustifikasikan peperangan menentang Islam ini dengan tujuan mempertahankan nilai-nilai barat."

"Dengan sengaja Israel telah meletakkan satu sasaran yang salah. Dalam pada masa yang sama isu penindasan terhadap rakyat Palestin diabaikan. Yang pada realiti, isu sebenarnya adalah penentangan rakyat Palestin melawan pendudukan oleh Israel."

Amerika Syarikat Membeli Idea Israel 

Akhirnya dalam bulan Julai, 1979 masa Persidangan tersebut, walaupun tak masuk akal dan terdapat kesalahan pada data-data yang digunakan, idea Israel berkenaan telah diterimapakai sebagai satu konsep atau satu doktrin. George Walker Bush bercakap dalam sesi terakhir Persidangan menyatakan bahawa bersetuju dengan idea negaranya iaitu Amerika Syarikat perlu menyertai Kempen Peperangan Menentang Keganasan yang dicanangkan oleh Kerajaan Israel itu"

Netanyahu kemudiannya menulis 3 buku bagi menterjemahkan idea ini kepada sekutu-sekutunya sebagai satu yang dipraktiskan;

1) "Keganasan Antarabangsa : Cabaran dan Maklumbalas" yang dibuat oleh Netanyahu berdasarkan ucapan-ucapan peserta-peserta Persidangan berkenaan,  

2) "Memerangi Keganasan" 

3) "Keganasan : Bagaimana Barat boleh memenanginya"

"Oleh demikian, Israel telah berjaya membina satu struktur aliran pemikiran yang mempengaruhi negara-negara barat supaya terlibat dalam perancangan liciknya. Seterusnya mereka perlu merancang untuk mengadakan satu bentuk atau wajah KEGANASAN ISLAM (yang begitu buruk dan jahat) supaya menjadi musuh yang dilihat keji oleh negara-negara barat ini."

Bagaimana Momok Tercipta (Watak Orang Jahat)

Disinilah bermulanya penciptaan Al-Qaeda oleh Israel dalam tahun 1980-an.

Secara spesifiknya, dalam tahun 1983, 1984 dan 1985, Amerika Syarikat telah mula memberikan senjata kepada satu kumpulan di Pakistan yang merupakan pejuang-pejuang Afghanistan. Yang diketuai oleh Guldbudin Hetmatyar. Kumpulan ini dinamakan Hizbul-Islami, sebenarnya adalah kumpulan yang janggal bagi CIA menyalurkan bantuannya. Kumpulan ini mendapat bantuan dana daripada CIA dan juga Saudi Arabia. Kumpulan ini sebenarnya adalah sangat-sangat menentang nilai-nilai barat. 

Apabila Amerika Syarikat memulakan urusan ini, memanglah dana kewangan dari Amerika Syarikat dan Saudi Arabia, tetapi latihan dan bekalan senjata sebenarnya adalah daripada Perisikan Tentera Israel. Israel telah menjual senjata-senjata yang mereka perolehi dari perang Lubnan dalam tahun 1982, iaitu milik tentera Russia. Israel juga telah mencipta beberapa senjata yang boleh digunakan untuk menjatuhkan helikopter-helikopter Russia. 

Senjata-senjata inilah yang dibawa ke Pakistan bagi digunakan dalam peperangan di Afghanistan. 

Perisikan Tentera Israellah yang telah melatih kumpulan-kumpulan ini menggunakan senjata tersebut. Kerana kebanyakan anggota perisikan mereka ini ramai yang boleh berbahasa Arab, berwajah seperti orang Arab, berkelakuan seperti Arab dan dengan cara ini mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi orang-orang Islam. 

Ini jelas didokumentasikan dalam satu buku berjudul "Charlie Wilson War". Ia menunjukkan bagaimana penulis bersama-sama Ketua Perisikan Mossad Israel yang berpengkalan di Washington, merancang dan melaksanakan apa yang dihasratkan oleh Israel tersebut. 

Apa yang menariknya ialah, ketika ia dilaksanakan dalam tahun 1983, 1984 dan 1985, waktu inilah Ehud Barak menjadi Ketua Perisikan Israel. Pada masa yang sama jugalah Osama Ben Laden, membuat kemasukan ke Pakistan. Seterusnya menjadi kawan baik kepada Guldbudin Hetmatyar. 

Dalam tahun 1994, kumpulan-kumpulan yang dilatih ini, yang dibentuk menjadi kambing hitam bagi  keganasan antarabangsa, telah tidak diperakui oleh Saudi Arabia dan Pakistan. 

Kumpulan-kumpulan ini mendapati diri mereka telah dituduh melakukan keganasan. Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk bersekutu dengan Taliban dan Al-Qaeda.

Itulah yang akhirnya membentuk bentuk Momokan Pengganas Islam. Entiti atau kumpulan yang Perisikan Israel sendiri membentuknya telah menjadi momokan dalam bentuk kumpulan Al-Qaeda. Dengan tokoh Osama Ben Laden diwar-warkan sebagai figur pengganas paling jahat dari kalangan Arab - Afghanistan yang pergi membantu mujahidin dalam perang Afghanistan.

Mancis Api Pencetus

Dalam pertengahan 1980-an, mereka berjaya menghasilkan asas pembentukan Perang Menghadapi Keganasan, dengan mengadakan terlebih dahulu satu bentuk Momokan atau Watak Orang Jahat. Itulah Al-Qaeda. 

Kemudiannya untuk melaksanakan secara praktikal dari apa yang telah dirancang, mereka hanya perlukan sebilah mancis yang digores untuk memercikkan api. (Pencetus)

Mancis api itulah peristiwa 11 Haribulan September 2001. 

( Kejadian yang dinamakan 9/11 - dimana 3 bangunan runtuh di New York, dengan 2 musnah menjadi debu kerana dilanggar kapal terbang dan 1 runtuh dengan sendirinya seperti dipasang bom peletup dari dalam )

Adakah bangunan di negara lain juga akan musnah menjadi debu jika dilanggar kapal terbang.
Mungkin mereka yang menjadi arkitek atau jurutera boleh menjawab soalan ini.

Peristiwa 11hb September 2001 sebagai pencetus

Banyak petunjuk diberikan mengenai kejadian 9/11 ini sejak 1970-an lagi. Seperti saya katakan dalam 1979 mereka telah mencipta konsep sebagai asas untuk dilaksanakan kemudiannya.

Sebelum tahun itu pun, seorang Israelis bernama Arnan Milchan telah membuat satu filem, yang berjudul Medusa Touch (Sentuhan Medusa). Dalam babak klimaks, ia menunjukkan kapal terbang Boeing 747 merempuh Bangunan Pan Am, New York.


Pada pandangan saya, semua ini dirancang di Israel dalam tahun 1970-an. Kerana pada waktu ini, parti Likud mendapat kuasa di Israel. Menachem Begin adalah orang yang membentuk Parti Likud dalam tahun 1973 dan 4 tahun kemudian dia mendapat kuasa di Israel.

Apabila dia mendapat kuasa, ia banyak merubah keadaan di Israel kerana kemudiannya dia mendapat sokongan ketua kumpulan pengganas Israel seperti Irgun dan Stren serta memasuki ke tempat tinggi ke dalam struktur negara Israel. Akhirnya mempengaruhi dasar kerajaan Israel.

Sebagaimana kita maklum, kalau pengganas telah mendapat kuasa dalam kerajaan, apa dasar yang bakal keluar? Dah tentu dasar pengganas. Apa yang kita sudah jangkakan itulah yang berlaku sekarang!

Dalam tahun 1977 mereka mendapat kuasa di Israel, tahun selepas itu mereka terus menyerang Lubnan. Iaitu dalam tahun 1978, dan mereka kekal sehinggalah tahun 2002. Sebelum itu, dalam tahun 1982, mereka kembali dengan penjajahan yang lebih ke dalam Lubnan, sehinggalah ke satu sungai kecil dan mereka meminta Amerika menghantar askarnya sebagai Pasukan Keamanan.

Pasukan Keamanan Amerika Syarikat di dalam negara orang lain yang dijajah Israel? Tak ada keamanan pun yang hendak dijaga!

Tetapi atas permintaan itulah Amerika Syarikat, Perancis dan Itali menghantar askar-askar mereka. Sebagaimana kita tahu dari sejarah, askar-askar Amerika Syarikat ramai yang terbunuh akibat pengeboman yang dilakukan sendiri oleh Ehud Barak ke atas Kedutaan Amerika Syarikat. 

Inilah usaha pertama Israel untuk membuat Amerika Syarikat terlibat sama dalam perancangan mereka dengan mewujudkan satu negara yang menjadi hadangan kepada serangan-serangan musuh mereka. Tetapi usaha ini menjadi malapetaka bagi Amerika Syarikat dan Ronald Reagan mengeluarkan tentera Amerika Syarikat dari sana.

Grand Design Israel

Kemudian Israel mencadangkan pula satu pelan di untuk dilaksanakan di peringkat yang lebih besar. Peritiwa 9 /11 adalah rancangan itu. Peritiwa 9/11 adalah bertujuan untuk menipu rakyat Amerika Syarikat supaya beranggapan negara mereka diserang oleh pengganas Islam. Dengan itu dapat memberikan satu justifikasi kepada minda rakyat Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan perang ke atas pengganas Islam tersebut. 

Hasilnya, Amerika Syarikat meluluskan Rang Undang-undang berkaitan dan Kongres mereka pun memberikan mandat untuk melakukan kekerasan. Itulah punca kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat yang digunakannya untuk melaksanakan peperangan terhadap negara-negara seperti Libya, Iraq dan Somalia. 

Amerika Syarikat sehingga kini terlibat dalam separuh daripada konflik di Timur Tengah. Pada perkiraan saya telah menghancurkan 5 negara bangsa. 

Israel menguasai politik dan pentadbiran kerajaan USA

Apa yang menjadi pelik kepada rakyat Amerika Syarikat ialah strategi kempen politik dalam pertandingan calon politik di Amerika jika melibatkan isu Syria, dilabelkan sebagai "bukan isu". Maknanya tidak boleh didebatkan. Tidak boleh diperkatakan di media, atau didebatkan oleh calon-calon bertanding. 

Peliknya, kita adalah satu negara yang banyak terlibat dalam peperangan di banyak negara-negara asing, tetapi isu Syria tidak boleh didebatkan dalam kempen-kempen politik. Apa yang kita debatkan adalah adakah Trump tuduh Hillary sebagai fanatik atau adakah Hillary tuduh Trump sebagai fanatik. 

Ia adalah isu yang remeh. Isu yang sebenar seperti keamanan dan peperangan tidak diperdebatkan pun.  

Itulah yang memalukan kita.

Memalukan bukan sahaja kepada Amerika Syarikat. Sebab kita ada struktur persepakatan NATO. Ia memberikan kesan kepada semua negara-negara dalam NATO.

Semalam satu Rang Undang-undang telah diluluskan bagi memberikan dana kepada Israel sebanyak 38 bilion Dollar dalam masa 10 tahun. Secara asasnya, adalah sebanyak 30 peratus peningkatan dalam sokongan dana kepada Israel.

Ia adalah satu jumlah yang sangat besar. Kenapa kita beri dana sebanyak ini kepada Israel?

Mudah saja untuk memahaminya. Di Amerika Syarikat, kita lihat kepada organisasi-organisasi yang dibelakangnya adalah Israel, mereka ini bergerak secara bersepadu.

Mereka bergerak serentak dan sangat terancang. Dicampurkan dengan pengaruh kuasa politik yang banyak. Mereka berkemampuan untuk mempengaruhi pemilihan calon-calon kepada jawatan politik tertentu. Malah mereka juga dapat membuat perkiraan berkenaan mana-mana calon yang bakal memenangi undi.

Matlamat Israel adalah membina Kuil Sulaiman berdasarkan
fahaman agama mereka.
Photo Source : Wiki
Jika mana-mana calon kepada pejabat Presiden mengambil langkah menentang dasar Israel, calon-calon ini akan dalam mendapati sesi pemilihan akan datang dana organisasi Israel ini akan digunakan bagi menentang diri mereka. Kalau yang telah terpilih menjawat jawatan akan tidak terpilih dan terkeluar. 

Sudah menjadi satu kefahaman umum bagi penjawat di Amerika Syarikat, jika mereka mahu kekalkan jawatan pentadbiran kerajaan, mereka perlu mengikut garisan yang ditentukan oleh puak zionis Israel dan para pelobi mereka. 

Kita lihat ahli politik Amerika Syarikat seperti Hillary Clinton dan Trump, bercakap di APEC iaitu satu badan pelobi Israel dan cara mereka bercakap seolah-olah menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada badan lobi Israel ini. Sedangkan itu di pentas lobi milik negara asing, iaitu Israel. 

Tindakan memberikan dana yang banyak kepada satu negara kecil di Timur Tengah, yang mempunyai dasar diskriminasi yang jelas (agama atau bangsa) dan bertentangan dengan nilai yang dipegang negara Amerika Syarikat sendiri. 

Sedangkan sokongan kita kepada negara itu (Israel) sehingga menyebabkan kita telah berperang dalam satu perang bagi pihak mereka. Ini adalah satu petanda jelas kepada kehancuran nilai-nilai teras kemanusiaan yang menjadi pegangan kita selama ini. 

Jelas ia adalah satu jenayah.

Amerika Syarikat sekarang ini telah terlibat dalam peperangan di pihak Israel di Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia dan Yaman. 



Sedangkan dalam satu inkuiri di England telah diputuskan bahawa perang Anglo-Amerika di Iraq telah diputuskan sebagai satu jenayah perang. Satu perang yang dipaksakan.

Sekurang-kurang di England, di sana mereka membuat keputusan bekas Perdana Menteri iaitu Tony Blair bertanggungjawab atau sebagai boleh didakwa atas melakukan jenayah peperangan. Kita perlukan sesuatu dilakukan seperti itu (inkuiri) di Amerika Syarikat. Tapi kita tak buat begitu.

Di Amerika Syarikat, Obama sendiri berkata apabila menjawat Presiden, kita akan melihat ke depan. Kita tak perlu siasat jika Bush telah melakukan benda yang salah. Atau apa jenayah perang yang dia telah lakukan.

Ini mengarut!

Kamu membiarkan satu jenayah perang dilakukan atas nama Amerika Syarikat yang telah menyebabkan berjuta-juta nyawa telah hilang?? Dengan triliun USD telah dibelanjakan?? Imej Amerika Syarikat telah tercemar teruk??

Jelas mengarut!

Kempen politik di Amerika Syarikat sebenarnya boleh dikatakan ibarat satu sarkis. 

Sebab dengan adanya sistem 2 parti, parti ke-3 disimpan dan tidak didengari suaranya. Calon-calon yang perlu dipilih rakyat daripada 2 parti ini pula telah ditentukan terlebih dahulu oleh tangan-tangan ghaib. Maka kita tak ada pilihan untuk calon-calon lain. 

Contohnya apa yang keluar sebagai pilihan adalah Jeb Bush dan Hillary Clinton. Ahli-ahli keluarga daripada keturunan penjenayah besar di Amerika Syarikat sebagai satu-satunya calon pilihanraya. Sebab Jeb Bush ada masalah, kemudian datanglah Trump. 

Walau macamana pun, kedua-dua calon pilihanraya ini masih berikrar menentang keganasan, menentang apa yang dinamakan sebagai ISIS. Hillary Clinton berjanji dia akan menghapuskan Iran. Ini percakapan dengan tanggungjawab yang sangat berat. Ini percakapan seseorang yang ada masalah psikologi. 

Tetapi inilah sahaja yang kita ada di Amerika yang boleh kita pilih calonnya. 

Media di Amerika penuh dengan kepalsuan. Cara rakyat memahami keadaan yang berlaku di seluruh dunia, termasuklah isu 9/11 dan kempen memerangi keganasan adalah dengan maklumat yang tidak lengkap. Rakyat Amerika tidak faham apa yang berlaku di seluruh dunia kerana seluruh media telah membesar-besarkan isu yang remeh.

Sebahagian isu remeh ini menjadi penting sebagai contoh di Amerika sekarang mereka berbahas mengenai keturunan bangsa. Terdapat usaha tertentu seperti daripada George Soros untuk mengapi-apikan isu perbezaan seperti kulit putih dan hitam, Anglo atau Hispanic, gay atau tidak. 

Hasilnya pemikiran politik itu terpecah kepada berbagai-bagai aliran. Apa yang berlaku di Amerika inilah yang kini dilakukan terhadap negara Iraq. 

Tangan Israel dalam Peristiwa 11hb September 2001

Sentuhan Israel dalam perancangan ini bermula sebelum bangunan itu runtuh lagi. Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak sedang berada dalam satu studio BBC di London. Dia memberikan analisa terhadap apa yang berlaku pada hari itu, sebelum salah satu bangunan itu runtuh pun. Kapal terbang telah melanggar bangunan tetapi bangunan berkenaan belum lagi runtuh.


Dia (Ehud Barak) berkata dunia tak akan sama selepas kejadian ini! Kami tahu siapa yang lakukan ini. Dialah Osama Ben Laden. Kami juga tahu di mana Osama Ben Laden berada. Sekaranglah masanya untuk mengisytiharkan perang terhadap keganasan!!

Apa yang dicakap olehnya itulah telah menjadi dongeng kepada sebab utama kejadian 9/11.

Sebagaimana kita maklum, bukti-bukti terhadap wujudnya alat pengeboman, nano-termites dan banyak perkara pelik yang lain menunjukkan cerita rasmi yang dijual mengenai 9/11 adalah tidak benar. 

Tetapi sudah lebih 15 tahun, cerita tidak benar itu dianggap rasmi oleh media, walaupun dalam keadaan yang begitu janggal. Sedangkan kita menganggap kehidupan di Amerika Syarikat adalah berasaskan demokrasi. Dalam pada itu semua media-media utama dipegang oleh syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat besar ini seolah-olah terbelenggu kesemuanya untuk menerima cerita palsu 9/11. 
Doktrin daripada kucar-kacir sesuatu 
order baru dapat dihasilkan.

Cerita palsu yang telah membawa kita menyertai perang terhadap keganasan di peringkat antarabangsa yang sebenarnya dicipta oleh Israel. 

Semua orang yang terlibat dalam menyembunyikan cerita sebenar, adalah penyokong penubuhan negara Israel atau rakyat Israel itu sendiri.

Seperti Presiden Nixon telah berkata, bukanlah jenayah itu yang paling bermasalah tetapi perbuatan menyembunyikan jenayah itu.

Kerana sekarang kita tak tahu siapa yang letak nano-termites (sejenis bahan untuk pembakar / pencari besi) di World Trade Center ( 9/11), tetapi jelas kita tahu bahan itu memang berada di tempat kejadian. Tetapi mereka menyembunyikan penemuan nano-termites ini. Satu perbuatan menyembunyikan yang berlaku dari masa ke semasa. Sehinggalah pada ketika ini telah lebih 15 tahun. 

Media dan kerajaan Amerika Syarikat bersekongkol menyembunyikan fakta sebenar kejadian 9/11 daripada diketahui oleh umum. 

Begitulah betapa seriusnya masalah politik kita di Amerika Syarikat. Adalah jelas, kerajaan dan media dikawal oleh mereka yang sama merancang peristiwa 9/11. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...