Friday 15 May 2015

BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI

Perisian Original Microsoft Ofis
Home and Business
Bila kita menjalankan bisnes ni kan, dalam zaman ni. Tak kira besar, sederhana atau kecil. Dah tentu kita akan membuat pengiraan. Pengiraan ni ada yang ringkas dan mudah tetapi ada yang boleh menjadi begitu rumit.

Untuk memudahkan mengira dalam bisnes yang kita buat, kita guna perisian komputer. Macam aku, biasa dengan Microsoft Excel. Kalau yang pakai Macbook dia ada perisian macam Excel yang dinamakan Numbers. Tapi aku bukanlah nak cerita kenapa aku pakai Excel tak pakai Numbers. Ni boleh dibuat satu posting khas. Aku nak cerita apa hukum memakai perisian cetak rompak dalam bisnes kita.

Aku teringat kata-kata seorang rakan Ustaz kepada aku, "Takkan enta pun jenis orang yang tak gunakan software pirate". Ya, sebenarnya ini biasa aku dengar. Memang kita ada mendengar pandangan peribadi agamawan yang menghalalkan perisian cetak rompak atas alasan ia diperbuat oleh pihak kafir harbi. Kafir harbi ni adalah orang yang tidak beriman yang wajib diperangi.

Maka apakah pegangan yang sepatutnya aku ambil?
Maka apakah fatwa kebangsaan tentang perkara ini?

Petikan: 

Berasaskan kepada pengiktirafan syarak terhadap harta intelek, maka hukum asal bagi pembelian, penjualan dan penyebaran perisian komputer cetak rompak sama ada untuk tujuan komersial atau untuk kegunaan peribadi tanpa keizinan pemilik hak ciptanya adalah tidak diharuskan.


Tidak harus ini bermakna dilaranglah. Kalau harus boleh dan buat boleh juga tinggalkan. Dua-dua tak mengapa. Jika dah jadi tidak harus, maka tak tidak boleh dibuatlah benda tu. Dilarang. Haram itu maksudnya dilarang.

Sebelum itu fatwa kebangsaan ini ada menyediakan sedikit asas kenapa fatwa ini diperbuat.

Akademi Fiqah Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) dalam persidangan kali ke-5 yang diadakan di Kuwait pada 1409H telah membincangkan berkenaan harta tidak nyata (huquq ma’nawiyyah) dan meluluskan resolusi berikut: 

“Hak cipta penulisan, ciptaan, dan rekaan adalah dipelihara dari sudut syarak. Pemilik-pemiliknya berhak untuk mengendalikannya (menjualnya, menyewanya dll). Dan hak-hak tersebut tidak harus dicerobohi”.

Hasil reka sesuatu benda tentulah dimiliki oleh pembuatnya. Tentulah pembuatnya mempunyai hak. Dalam Islam, orang bukan Islam juga mempunyai hak untuk memiliki barang-barang. Tidak diharuskan kepada orang Islam untuk mengambil hak mereka tanpa sebab yang dibenarkan syarak.

Aku juga berfikir sudah tentu mereka juga mempunyai hak untuk berniaga. Dah tentu hak ini turut dijaga dalam Islam.

Untuk peniaga Islam yang menggunakan perisian sebagai mengira jualan dan belian dalam bisnes mereka sudah tentu inginkan bisnes itu mempunyai keberkatan. Dah tentu pula bisnes yang berkat adalah yang tidak menjalankan aktiviti yang haram. Yang haram itu mendatangkan dosa-dosa.

Bagi siapa yang ingin menggunakan Microsoft Office
dalam Apple Mac pun ada perisiannya.
Aku khuatir mereka yang berfahaman menghalalkan perisian cetak rompak atas alasan kafir harbi ini lebih mendekati fahaman ektremis macam IS / ISIS dan kumpulan ekstremis yang lain.

Apa-apa pun untuk benda ni pilihan kita sendirilah. Macam aku, aku habiskan dekat 1k untuk install Microsoft Office Home and Business dalam laptop aku. Memanglah bagi orang yang pakai software cetak rompak, RM1,000.00 ni terlalu banyaklah kosnya. Sedangkan dia boleh dapatkan dengan harga jauh lebih murah. 

Macam satu kedai tu offer aku RM100.00 aritu untuk install. Tapi terima kasih sajalah. Biarlah aku habis RM1k asalkan hati aku tenang dan aku yakin membuat kerja aku. Kalau dapat berkat semua benda menjadi dengan izin Allah kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...