Wednesday 23 March 2016

Cerita Kuliner : Nasi Kukus vs Nasi Panggang

Haritu semasa di Kota Bharu, Kelantan, aku melihat ramai orang berkerumun di satu gerai di tepi jalan. Gerai itu adalah gerai bergerak yang diletakkan di tepi jalan. Rupanya itu gerai nasi kukus dengan bermacam-macam lauk dan pauknya.  Majoritinya yang berdiri menunggu ketika itu adalah pembeli-pembeli berbangsa cina. Yang menjual itu adalah melayu.

Aku pun terdetik di hati, mestilah ada sesuatu yang istimewa pada nasi kukus ni sampai ramai yang berkerumun menanti untuk memesan hidangan. Ada juga meja-meja dibuka di atas jalan dan di dalam koridor bangunan. 

Sebenarnya itulah pertama kali aku membeli nasi kukus. 

Selama ini aku mendengar kawan-kawan bercerita tentang nasi kukus dan aku juga melihat gerai-gerai di jalanan tetapi aku tak pernah pergi mencuba hidangan nasi kukus ni. Kali ini gerai ini bersebelahan dengan tempat penginapan. Aku pun membuat keputusan untuk mencuba.

Inilah hasilnya.




Rasa sedapnya pada aku ialah pada sambal belacan (budu?) dan kuah yang dicampur selesai pembeli memilih lauk-pauknya. Rasa pedas menguasai hidangan ini. Sememangnya sesuai kepada sesiapa yang sukakan rasa pedas. Lauk-pauk itu pula adalah tipikal bagi kuliner Malaysia. Nasi kukus yang lembab dan panas pula meningkatkan lagi degree kesedapan.

Kemudian, apabila menceritakan nasi kukus yang lembab dan panas, mungkin kita boleh bandingkan pula dengan nasi panggang yang kering dan panas. 

Aku jumpa kuliner ini di Sabah. Sebenarnya restoran itu adalah seperti konsep ayam penyet. Seperti di Wong Solo itu. 

Nasi panggang.

Aku jumpa ni di Restoran Warung Bandung namanya, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya nasi itu walau dipanggang rasanya macam nasilah juga, tetapi hidangan ayam panggangnya itu agak unik dan tidak seperti di restoran ayam penyet yang lain. Ini memang sedap dan unik. Gabungan sos berlada dengan ayam panggang yang serasi. Sukar diungkap dengan kata-kata.

Tengok gambar di atas untuk ambil rasa.

Jadi, satu nasi kukus dan satu lagi nasi panggang. Keyyy..

Sekian, laporan untuk cerita kuliner. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...