Friday 10 July 2015

Kesimpulan Kisah Khidir dalam Surah Ashabul Kahfi dan Mimpi Perang Nuklear - Sheikh Imran Hosein



Nabi Musa A.S berjumpa Khidir duduk di atas batu di pertemuan dua sungai / laut. Pertemuan dua sungai / laut membawa simbol kepada bertemunya ilmu zahir dan batin.

Khidir bermaksud hijau. Sheikh mentakwilkan ianya membawa simbol seperti hujan yang turun dan menjadikan kesemuanya hijau akibat tumbuh-tumbuhan. Ini menunjukkan ilmunya bukanlah ilmu yang dihafal daripada kitab-kitab. Tetapi ilmu yang langsung dari Allah. Spiritual insight.

Nabi Musa A.S meminta Khidir untuk mengikutnya untuk mempelajari ilmu.  Khidir menjawab engkau tidak sanggup mengikutiku kerana tidak mampu bersabar. Nabi Musa A.S berjanji untuk bersabar. Khidir membenarkan Nabi Musa A.S dengan syarat tidak bertanyakan soalan. Kemudian berlakulah 3 peristiwa yang disebut di dalam Al-Quran itu. Kisah pecah sampan, bunuh budak lelaki dan bina dinding yang runtuh.

Kita hanya melihat sebahagian daripada sesuatu kejadian dan terus kita kita membuat kesimpulan. Kesilapan yang Nabi Musa A.S buat 3 kali. Sedangkan Khidir melihat sesuatu itu secara total.

Ilmu esktologi Islam (peristiwa akhir zaman) sahaja yang dapat menjelaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah dunia ini dengan tepat. Ilmu yang tidak ada mana-mana universiti pun boleh mengajarnya.

Apabila seseorang itu telah melihat dengan ilmu langsung dari Allah, dia dapat melihat sesuatu yang bakal berlaku. Sheikh mengingatkan berkenaan satu peperangan nuklear bakal mendatang. Peperangan ini diantara Amerika dan Nato di sebelah pihak menentang Russia dan China di pihak yang lain.

Dunia hanya mampu mengalami satu perang nuklear sahaja, bukannya dua dan perang itulah semakin dekat.

Amerika dilihat ingin mempercepatkan perang nuklear itu kerana lagi ditangguhkan akan menyebabkan Russia menjadi semakin kuat. Sheikh berpandangan ianya mungkin 5 - 10 tahun akan datang.

Sheikh Imran bermimpi dua kali hari pada malam hari pertama semasa menghadiri satu konferen di Iran. Kedua-dua mimpi tersebut adalah mengenai perang nuklear. Dalam mimpi itu, Sheikh melihat peluru nuklear ditembak ke udara. Pakistan terlibat dalam perang nuklear itu.

Bukankah satu manfaat sekiranya kita dapat mengetahui perkara yang mendatang. Kerana kita dapat bersiap menghadapinya. 

Ilmu yang langsung daripada Allah itu membuatkan seseorang itu bukan sahaja dapat melihat apa yang bakal berlaku tetapi juga apa yang telah berlaku dan memberikan tafsiran kepadanya.

Selepas berlakunya malhamah مَلْحَمَة (perang), kemudian berlakulah penaklukan Constantinople. Ini kerana Russia mempunyai kepentingan terhadap Constantinople itu dari segi strategi ketenteraan. Ianya dilihat akan melemahkan kekuatan NATO. Ini juga bermakna Russia akan menang perang melawan Amerika dan Nato.

Selepas penaklukan itu, keluarlah Dajjal diikuti Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Petikan daripada video:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...