Sunday 24 December 2017

Belajar Sains : Apakah Itu Nano-Thermite Yang Dijumpai Dalam Runtuhan 9/11?


Salah satu faktor kejayaan Israel dalam perancangan zionisnya untuk merampas Baitul Muqaddis adalah dengan memaksa pihak tertentu yang memegang tampuk pemerintahan USA untuk mereka-reka satu kejadian serangan pengganas iaitu kejadian 9/11. 

Satu artikel saintifik merumuskan impak daripada dua kapal terbang yang didakwa menjadi mangsa hijack bukanlah punca kepada runtuhnya kedua-dua bangunan World Trade Center, New York, USA dalam tahun 2001. 

Para pengkaji telah menemui sejenis bahan letupan yang dinamakan sebagai Nano-Thermite di dalam debu runtuhan bangunan berkenaan. Jelas bahan berkenaan tidak mungkin datangnya daripada dua kapal terbang boeing yang melanggar bangunan. Tetapi mereka percaya beberapa tan bahan tersebut telah diletakkan di dalam bangunan sebelum kejadian itu berlaku. 

Niels Harrit (seorang saintis Denmark) bersama 8 orang pengkaji bebas yang lain telah merumuskan dalam artikel berkenaan bahan Nano-Thermite inilah yang menjadi penyebab kepada kemusnahan kedua-dua bangunan itu sehingga menjadi debu.

Apakah itu Nano-Thermite?

Kami menjumpai nano-thermite dalam runtuhan bangunan tersebut tetapi kami tak kata hanya nano-thermite sahaja yang telah digunakan. Bahan asas thermite telah digunakan sejak 1893, ia sendiri adalah campuran aluminium dengan serbuk karat besi. Campuran ini bereaksi menghasilkan api yang membakar dengan suhu sangat panas. Reaksi itu menghasilkan besi yang panas membakar sehingga suhu 2500⁰C. 

Maka ia boleh digunakan untuk pengimpalan (weilding), juga boleh digunakan untuk melebur lain-lain besi. 

Apabila menyebut teknologi NANO bermaksud menjadikan satu bahan itu menjadi sangat kecil. Oleh itu dalam Nano-thermite, serbuk thermite yang asalnya dari tahun 1893 itu dipecahkan menjadi lebih kecil dengan campuran yang sempurna. 

Hasilnya, suhu pembakaran naik dengan lebih cepat. Nano-thermite juga boleh dicampur dengan bahan lain untuk kesan suhu pembakaran lebih tinggi. Sehingga ia boleh dijadikan bahan letupan yang sangat berkesan.

Ia mempunyai lebih banyak tenaga berbanding bom dynamite dan boleh dijadikan bahan pembakar api untuk roket. 

Saya mencari di dalam Google mengenai Nano-themite tetapi tidak berjumpa banyak maklumat mengenainya, adakah ia sesuatu benda baru yang tidak semua saintis mengetahuinya?

Ia adalah satu nama gabungan bagi bahan-bahan yang mempunyai unsur tenaga yang di tahap yang tinggi. Jikalau ada pengkaji sains yang bukan berlatarbelakang militari seperti saya sendiri tidak biasa dengan bahan ini mungkin kerana mereka tidak biasa membuat kerja yang ada kaitan dengan bahan letupan. 

Jika ahli sains berlatarbelakangkan militari, anda kenalah tanya mereka sendiri. Saya sendiri tidak tahu samada mereka ini biasa menggunapakai teknologi nano. 

Jadinya, anda menemui nano-thermite dalam runtuhan WTC dan merumuskan ia menjadi punca keruntuhannya? 

Jelas ia adalah sejenis bahan letupan, apakah ada sebab lain bagi keberadaannya di dalam runtuhan tersebut?

Anda percaya suhu panas yang tinggi terhasil daripada bahan tersebut menjadi punca besi struktur sokongan bangunan menjadi cair? Yang akhirnya runtuh seperti runtuhnya susunan kad-kad?

Saya tidak dapat mengatakan dengan tepat kerana bahan ini boleh digunakan untuk dua tujuan. Satu, ia boleh meletup dan menyebabkan benda-benda berderai. Dua, ia boleh mencairkan benda-benda lain (seperti besi). Pada pandangan saya, ia boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan itu sekaligus.

Cairan besi didapati mengalir keluar daripada Bangunan Selatan WTC beberapa minit sebelum runtuhan itu berlaku. Ini menunjukkan struktur utama bangunan itu telah dilemahkan terlebih dahulu. Kemudian, bahan peletup digunakan untuk meruntuhkannya.

Letupan berlaku secara realitinya dilakukan dengan susunan masa yang tepat, dari atas ke bawah bangunan. 

Berapa banyak kuantiti bahan ini yang digunakan pada andaian anda?

Sangat banyak. Ada 2 kapal terbang yang melanggar 2 bangunan tetapi yang runtuhnya adalah 3 bangunan semuanya. 

Kita tahu secara umumnya berapa banyak debu yang terhasil daripada kemusnahan bangunan tersebut. Gambar-gambar menunjukkan ianya sangat banyak. Semuanya menjadi debu kecuali besi. 

Kita juga tahu berapa banyak thermite yang belum terbakar dijumpai. Ia ibarat menjumpai pistol mengandungi peluru yang belum digunakan. Bahan ini tidak terbakar atas faktor-faktor tertentu.

Kita bercakap mengenai satu jumlah seperti 10 tan, atau mungkin juga 100 tan.

10 tan, atau mungkin juga 100 tan dijumpai dari runtuhan bangunan-bangunan ini? Dan memang bahan-bahan ini biasanya tidak disimpan di bangunan-bangunan?

Tidak, tidak, tidak. Ia adalah bahan letupan hasil teknologi yang sangat maju. 

Bagaimanakah untuk meletakkan bahan-bahan ini ke setiap tingkat bangunan? Bagaimana nak masuk ke dalam satu bangunan yang sangat terkawal?

Kalau saya nak angkut bawa masuk, saya gunakan pallet. (Trolley pallet) Masukkan dalam lori kemudian bawa masuk dengan pallet-pallet.

Kenapa perkara ini tidak dijumpai dalam siasatan sebelum ini?

Siapa yang tak jumpa?

Mereka yang berkuasa atas bangunan contohnya? Kenapa tiada seorang pun yang perasan 10 atau 100 tan bahan letupan dibawa masuk?

Sebagai jurnalis anda sepatutnya bertanya soalan tersebut kepada syarikat yang bertanggungjawab ke atas keselamatan bangunan berkenaan. 

Jadi anda sendiri tidak meragukan kewujudan bahan ini dalam runtuhan bangunan itu?

Anda tidak boleh menolak hasil dapatan saintifik seperti ini. Kami telah menemui bahan thermite yang belum terbakar. 

Adakah artikel penemuan anda diterima seluruh dunia?

Ia baru sahaja diterbitkan, maka terlalu awal untuk memberikan pandangan tentang itu. Tetapi artikel berkenaan mungkin tidaklah segempar yang anda fikirkan. Kerana beratus-ratus ribu orang di seluruh dunia sudah lama tahu ada 3 bangunan yang musnah. Ini sudah terang lagikan disuluh. Hasil kajian kami hanyalah ibarat satu paku terakhir pada satu keranda.

Yang dijumpai bukanlah pistol yang berasap (yang kemudian asapnya hilang), tetapi pistol yang masih mengandungi peluru-peluru yang belum sempat digunakan.

Setiap hari, beribu-ribu orang akan menyedari sebenarnya, WTC sengaja dimusnahkan. Ia sebenarnya suatu perkara yang tidak boleh dihalang.

Kenapa tiada orang yang menyedari nano-thermit itu dalam runtuhan selama bertahun-tahun sejak peristiwa itu berlaku?

Jumpa dalam debu runtuhan itu maksud anda?

Ya

Sebab kebetulan seseorang telah menggunakan mikroskop untuk melihat debu runtuhan. Terlihat benda-benda kecil seperti serpihan berwarna merah. Paling besar daripada partikel ini adalah bersaiz 1 mm dan yang ini boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi bagu saiz yang lainnya anda kena menggunakan mikroskop. Secara kebetulan sahaja seseorang telah menemuinya, 2 tahun lepas. 

Ia mengambil masa 18 bulan untuk menyiapkan artikel saintifik yang menjadi rujukan hari ini. Ia adalah satu hasil kajian saintifik yang lengkap dilakukan secara mendalam. 


Anda lakukan semua ini kerana peristiwa 9/11 itu tidak masuk akal pada pandangan anda?

Ya. Sejak 2 tahun lepas sebenarnya. Ia bermula apabila saya melihat bagaimana bangunan WTC7 (Bangunan ke-3) runtuh. Ia runtuh 7 jam selepas 2 bangunan yang lain runtuh. Sedangkan hanya 2 kapal terbang sahaja yang melanggar 2 bangunan sebelum itu. 

Apabila anda menyaksikan bangunan 47 tingkat, tingginya 186 meter runtuh bertingkat-tingkat hanya dalam 6.5 saat dan anda sendiri adalah seorang saintis, anda akan bertanya "Apa yang berlaku??"

Saya kena tengok rakaman itu berulang-ulang kali, saya tekan butang re-play 10 kali dan setiap kali saya ulang mulut terbuka luas kerana terkejut. 

Pertamanya, saya tidak pernah dengar keruntuhan bangunan ke-3 ini daripada berita sebelum ini. Kedua, jelas tidak ada sebab kenapa bangunan itu runtuh seperti itu. Runtuh secara lurus menegak, dalam masa 6.5 saat.

Saya menjadi tidak keruan pada hari itu.

Sejak 9/11 ada banyak spekulasi dan teori konspirasi, apakah yang anda ingin sampaikan kepada pendengar dan para penonton anda yang mengatakan kami telah dengar banyak teori konspirasi seperti ini? Bagaimana anda ingin meyakinkan bahawa perkara ini adalah berlainan daripada teori konspirasi?

Pada saya ada satu sahaja teori konspirasi yang layak diperkatakan. Iaitu yang mengatakan ada 19 perampas kapal terbang. Saya rasa penonton harus bertanya kepada diri sendiri, apakah bukti-bukti yang ada bagi menyokong sesuatu teori konspirasi yang rasmi, jika ada sesiapa yang menjumpai bukti saya ingin mendengarnya. 

Realitinya, tidak ada seorang pun yang didakwa secara rasmi di mahkamah. Tiada seorang pun yang masuk ke senarai orang yang dikehendaki. Kerja kami adalah termasuk untuk mendesak untuk lakukan siasatan semula ke atas kejadian serangan pengganas 9/11. Sebab ia sebenarnya tidak berlaku. Kami sedang menunggu itu.

Kami berharap hasil kajian kami bakal menjadi bukti-bukti teknikal pada suatu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...