Monday 17 July 2017

Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam

Gambar Hiasan Semata
Ada orang menjalankan bisnes dengan penuh tipu helah. Walaupun bukan semua. Tetapi ramai bilangannya. Ada yang menganggap menjalankan perniagaan secara jujur itu bodoh dan tidak mendatangkan keuntungan yang besar. 

Berniaga dengan tipu helah ini sudah menjadi budaya bagi sesetengah pihak. Dalam mempromosikan produk contohnya, setiap ayat yang digunakan disusun supaya dapat mengenakan pelanggan yang mendengar supaya masuk ke dalam perangkap. 

Dalam kes yang lepas, satu tempat dikaitkan dengan budaya bisnes penuh penipuan seperti di sini. Tetapi hakikatnya bukanlah semua orang di situ mempunyai budaya seperti itu. 

Kerap juga budaya penipuan ini dikaitkan dengan bangsa atau kaum tertentu di Malaysia. Hakikatnya, bukanlah kaum tertentu sahaja yang boleh berbudaya seperti itu malah sesiapa jua boleh mengamalkan perangai buruk. Tetapi perangai yang dibentuk kerana suasana organisasi dan budaya kerja yang penuh penipuan sudah tentu memberikan kesan kepada orang yang di dalamnya.

Ada orang bisnes yang digelar tokoh usahawan bumiputera dan pernah menerima pelbagai anugerah tetapi didapati tidak berlaku jujur di dalam perkataan dan perbuatan. Sekiranya dia menjanjikan pada satu tarikh, sudah pasti dia tidak menepati tarikh berkenaan. Dan sentiasa menangguh-nagguhkan tarikh yang dijanjikan sebelumnya. Jika dia tidak berhasil maka dia memberikan pelbagai alasan. 

Gambar hiasan semata-mata
Sudah tentu perkara seperti ini memalukan apatah lagi seseorang itu sudah bergelar tokoh dan seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli perniagaan yang lain. 

Contoh budaya yang tidak baik ini bukanlah terhad kepada seseorang individu sahaja tetapi termasuklah kepada syarikat atau pun organisasi yang besar sekali pun. Contoh seperti ini boleh kita lihat di mana-mana. 

Selalu juga kaedah marketing yang dijalankan termasuk di dalam kategori penipuan. Sebagai contoh satu pemaju perumahan yang gah namanya dan berbangga membina projek perumahan yang mega besar dan berprestij. Tetapi salah satu promosi yang digunakan untuk menjual rumah melibatkan unsur-unsur penipuan. Rumah yang diwar-warkan dikatakan bermula dengan harga RM400,000.00. Tetapi realitinya, harga 400 ribu itu tidak wujud dan sebenarnya kesemua rumah bermula atas RM500 ribu. Harga RM400 ribu itu hanyalah harga selepas diskaun yang mana harga tersebut tidak akan disebut di dalam Sales and Purchase Agreement (SnP).

Bagi tahun 2017 dan 2018, penipuan seperti ini memberikan kerosakan dari segi kewangan kepada pembeli. Kerana dalam tahun 2017 dan 2018, pembelian rumah berharga RM100,000.00 sehingga RM500,000.00 layak mendapat pengecualian duti setem bermula dari 100% ke bawah. Sesiapa yang membeli dengan harga RM500,000 ke atas tidak layak mendapat pengecualian ini.


Ketidakpuashatian pelanggan juga terbukti boleh menyebabkan rusuhan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk menunjukkan dalam market yang penuh penipuan, satu perniagaan yang dijalankan dengan jujur serta memuaskan hati pelanggan adalah dinanti-nantikan. Perniagaan yang jujur serta berkualiti inilah sebahagian dari ajaran Islam. 

Islam melarang umatnya daripada melakukan penipuan dan penyelewengan serta rasuah. Kewujudan perniagaan yang jujur dan berkualiti di dalam persaingan market yang penuh penipuan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Para pelanggan dahagakan cahaya kebenaran tersebut. Ia menjadikan perniagaan seperti ini mempunyai potensi yang besar bagi menarik pelanggan-pelanggan yang bosan asyik tertipu dan rugi akibat permainan budaya songsang di dalam alam perniagaan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...