Wednesday 17 May 2017

Mengejutkan!! Asal Usul Wahabism / Wahabi


Dalam program On Contact, pengacara Chris Hedges telah menemuramah Sheikh Hamzah, Yusuf. Presiden Kolej Zaituna, kolej yang berpusat di Berkeley, Amerika Syarikat.

Chris Hedges

"Antara salah satu tragedi yang saya lihat dalam dunia Islam ialah serangan terhadap tradisionalis sufi (dilakukan oleh puak Wahabis). Ia adalah sesuatu fakta sejarah yang telah didokumentasikan dengan agak baik juga, yang menunjukkan ideologi Wahabis ini telah diterapkan kepada pergerakan dan pertubuhan (umat Islam) dengan sokongan dana dari Saudi." 

"Hakikatnya ia bermula dengan campur tangan barat yang berkepentingan yang mempromosikan Wahabi. Dan saya fikir bermula daripada zaman Ottoman (Turki Uthmaniah) dahulu. Pihak British telah menyokong puak Wahabi sebagai satu pendekatan untuk mengekang pengaruh sufi yang mana akhirnya keluarga pemerintah Saudi telah menerima fahaman Wahabi ini."

"Kita juga telah menyaksikan perjanjian minyak mentah dalam tahun 1930-an, sehinggalah satu tahap dimana syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat bertindak membayar kos penerbitan penulisan yang berdasarkan fahaman Wahabi ini. Disebabkan sumber kewangan (menyokong Wahabi) inilah, telah mempengaruhi banyak hala tuju perbahasan-perbahasan agama di dalam Islam. Yang kesannya bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi juga lebih dari itu."

Sheikh Hamzah Yusuf

"Tradisionalis sufi adalah sebahagian besar daripada umat Islam. Manakala puak Wahabis sebenarnya tidak suka dipanggil Wahabi. Wahabism asalnya adalah satu pergerakan satu fahaman yang kemudiannya telah membentuk pakatan bersama dengan pemerintah Saudis ketika itu. Disebabkan nilai Petrol-Dollars ketika itu yang melambung tinggi, mereka mempunyai banyak duit dan ini digunakan untuk menyebarkan sejenis fahaman tafsiran Islam, yang mengganggu fahaman majoriti umat Islam sedia ada ketika itu. 

"Namun demikian perlu saya tekankan, (walaupun berbeza fahaman) ulama-ulama kerajaan Saudi sejak dahulu lagi telah mengutuk perbuatan serangan berani mati. Kerana jelas ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi ada juga segelintir ulama-ulama sunni yang menyokong fatwa berani mati. Fatwa-fatwa ini dikeluarkan berdasarkan emosi dan tidak mempunyai asas pemikiran yang lurus. Contohnya dengan memberikan alasan isu Palestin. Ada mereka ini tidak pernah pergi mendalami agama Islam secara pengajian yang sebetulnya."

"Amerika juga pernah memberikan bantuan kewangan kepada puak-puak fundamentalis ini dahulu bagi mengekang pengaruh Russia."

Lawrence adalah perisik British yang dihantar ke Arab pada waktu itu untuk melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap
Kerajaan Turki Othmaniah yang ketika itu menguasai negara-negara Arab dan Palestin. 

Chris Hedges

"Banyak yang dipengaruhi oleh fahaman (Wahabi) ini telah mengalami kecelaruan identiti. Dan mereka juga ada bukan daripada latar belakang agama".

 Sheikh Hamzah Yusuf

"Anda mungkin tidak akan menjumpai dari kalangan mereka ini yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang sebenarnya. Jika ada pun, mereka mungkin dari kalangan yang bersifat ekstrimis. Madarasah-madarasah pula ada yang diberikan sokongan kewangan (dari Saudi) tetapi masih banyak lagi tidak (menerima). Dan mereka yang tidak menerima adalah dari kalangan yang mengamalkan fahaman tradisionalis sufi."

"Keadaan imigrasi penduduk Islam ke eropah adalah berbeza dengan Amerika Syarikat. Imigrasi penduduk Islam ke eropah adalah disebabkan mereka dibawa oleh kolonialis mereka selepas perang dunia sebagai pekerja-pekerja membina bangunan bagi membangunkan kembali negara selepas kesan perang. Maka mereka yang berhijrah ini bukanlah dari kalangan yang berpendidikan"

"Manakala penghijrahan umat Islam ke Amerika pula adalah hasil daripada perang dingin. Ia menjadi "brain drain" di negara-negara Islam. Banyak dari mereka yang berpendidikan dan kemahiran tinggi maka sebab itulah di Amerika kita adalah ramai doktor dan jurutera dari kalangan mereka ini. Oleh itu mereka dari kumpulan yang berbeza. Komuniti orang Islam di Amerika ini dapat hidup dengan taraf ekonomi yang lebih bagus. Ramai yang merasa selesa hidup di sini".

"Mereka boleh datang ke Amerika dan menjadi rakyat Amerika setelah 5 tahun. Secara umumnya, hampir semua rakyat Amerika menerima penghijrahan ini pada asalnya. Tetapi hari ini kita lihat ada pergerakan anti-penghijrahan yang dibuat dengan berbagai-bagai alasan tertentu."

"Di eropah terdapat isu yang mana orang Islam imigrasi ini mengadapi masalah kerana tidak diiktiraf oleh negara yang mereka dibawa imigrasi seperti di British dan Perancis. Mereka tidak merasakan diri mereka English atau pun Perancis."

"Mereka di dalam krisis identiti".

"Maka kemudian datanglah kumpulan ekstrimis (Wahabi) ini mempengaruhi mereka. Ia seperti mengajak masuk ke dalam geng."

Filem Rambo : Simbolik campur tangan Amerika Syarikat di Afghanistan
bagi mengekang pengaruh Russia. 

Chris Hedges

"Sekiranya kita lihat rekod sejarah mengenai mereka yang melakukan perbuatan keganasan di eropah, latar belakang mereka ini adalah dari kalangan golongan rendah yang cenderung melakukan jenayah".

 Sheikh Hamzah Yusuf

"Ya dan saya telah bercakap tentang perkara yang sama. Kita ada ramai banduan yang masuk Islam di penjara-penjara. Jika mereka ini diberikan perhatian atau tidak diambil peduli atau mungkin mereka menempuh kehidupan yang sukar dan diberikan peluang untuk melakukan sesuatu yang mereka anggap sebagai perbuatan yang dimuliakan agama (ditipu untuk melakukan perbuatan pengganas). Mereka boleh menjadi orang yang sangat merbahaya."

"Tetapi sekali lagi, saya ingin menegaskan. Jika kita lihat jumlah mereka dari statistik, jumlah ini sangatlah sedikit. Sebenarnya ia hanya dibesar-besarkan. Kita ada 50 ribu orang mati setiap tahun disebabkan oleh tayar pancit di Amerika, tetapi jumlah orang Islam yang pergi berperang dari Amerika adalah kurang daripada satu ribu orang."

"Jumlah keseluruhan umat Islam di Amerika adalah anggaran 10 juta termasuk kanak-kanak. Jumlah (satu ribu) ini jumlah yang tidak signifikan tetapi dibesar-besarkan."


Sedikit latar belakang Sheikh Hamzah Yusuf.

Nama asal beliau adalah Mark Hanson, seorang warganegara kelahiran Amerika Syarikat yang mempunyai darah keturunan Irish, Scottish dan Greek. Memeluk agama Islam dalam tahun 1977 setelah mengalami pengalaman hampir kematian dan setelah membaca Al-Quran. 

Kemudiannya beliau merantau lebih 10 tahun bagi mendalami pendidikan Islam dari banyak Sheikh-sheikh utama dalam dunia Islam. Hasilnya beliau menguasai bahasa Arab secara mendalam juga ilmu-ilmu dan disiplin lain dalam pengajian Islam. 

Beliau menjadi pakar rujuk bagi Islam di Amerika Syarikat dan menjadi jurucakap bagi pihak Islam dalam menerangkan tuduhan serta dakwaan pihak yang mengatakan Islam sebagai agama keganasan. 

Beliau antara pengasas Kolej Zaytuna yang berpusat di Berkeley, Carlifornia, Amerika Syarikat. Maklumat lanjut Kolej Zaytuna adalah seperti link berikut https://www.zaytuna.edu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...