Saturday 25 March 2017

Maksud " The Beast Within "

majalah attitude
April 2017
Kalau The Beast tu wujud secara fizikal dan besar tubuhnya siap dua tanduk, apasal ada The Beast Within pulak? Dah wujudnya secara batin pulak. Kau tak syak wasangka ke?

Apa kebenda yang dia orang kempen ni selain LGBT?

Sekarang kita tengok apa maksud dia the beast within ni.
Secara literalnya, The Beast Within bermakna " Sang Binatang Besar di dalam ". Dalam apanya kita tengoklah nanti. Cuma beast ni dia merujuk kepada gambaran binatang yang besar dan ganas. Bukannya binatang-binatang yang kecil.

Dalam cerita Hollywood sudah ada konsep The Beast ini. Salah satunya kita boleh peratikan dari petikan lirik lagu Hotel Carlifornia ini;

Mirrors on the ceiling
The pink champagne on ice
And she said, 'we are all just prisoners here, of our own device
And in the master's chambers
They gathered for the feast
They stab it with their steely knives
But they just can't kill the beast
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back to the place I was before
'Relax' said the night man
'We are programmed to receive
You can check out any time you like

But you can never leave!


Secara umumnya, daging binatang yang dah jadi hidangan makanan sudah tentulah binatang itu dah mati. Tapi dalam lirik di atas dikatakan "But they just can't kill the beast" maknanya walaupun mereka tikam hidangan makanan tu tapi mereka takkan dapat bunuh Sang Binatang. Ni lah yang menunjukkan lagu ini mempunyai kiasan / metafora kepada sesuatu perkara yang lain.

Kenapa dan siapakah Sang Binatang atau The Beast?

Sebelum itu kita tengok lirik terakhir dari lagu Hotel Carlifornia ni.

'Relax' said the night man
"Relax" kata lelaki malam
'We are programmed to receive
Kita ini semua diprogram untuk menerima (mesej?)
You can check out any time you like
Anda boleh keluar hotel bila-bila masa

But you can never leave!
Tetapi anda tidak akan dapat meninggalkannya

Ada rasa syak wasangka tak? Di atas dia kata anda boleh check out hotel, tapi anda tak boleh meninggalkannya. Bolehlah difahamkan disini kalau nak keluar hotel tu secara fizikal adalah boleh. Silakan. Tetapi ada sesuatu yang tidak akan meninggalkan anda. Itu bukanlah secara fizikal atau lahiriahnya. Ia menakluk batin anda.

Tak percaya?

Sekarang kita tengok satu lagi pertikan lirik lagu yang famous di stesyen radio. Di Malaysia pun lagu ni dapat masuk dan berkumandang. Nama lagu ni "Demons" atau Setanss.

I wanna hide the truth
Aku mahu sembunyikan faktanya

I wanna shelter you
Aku mahu lindungi kamu

But with the beast inside
Tapi dengan Sang Binatang di dalam

There's nowhere we can hide
Tidak ada tempat kita boleh bersembunyi

No matter what we breed
Tidak kiralah bagaimana kita dilahirkan

We still are made of greed
Kita diciptakan dengan unsur ketamakan

This is my kingdom come
Di sinilah kerajaan aku datang

This is my kingdom come
Di sinilah kerajaan aku datang

When you feel my heat
Bila kamu rasakan kepanasanku

Look into my eyes
Lihatlah ke dalam kedua mataku

It's where my demons hide
Disitulah syaitan-syaitanku berada

It's where my demons hide
Disitulah syaitan-syaitanku berada

Don't get too close
Jangan terlalu rapat

It's dark inside
Ianya gelap di dalam

It's where my demons hide
Disitulah syaitan-syaitanku berada


It's where my demons hide
Disitulah syaitan-syaitanku berada

Syaiton yang direjam betul. Ramai orang kita menjadi wirid di mulut lagu ni. Nauzubillah..

The Beast
Lirik lagu ni kata dengan "the beast inside" kita tak dapat bersembunyi. Ini menguatkan lagi makna the beast itu adalah taklukan Sang Binatang secara batin. Batin itu di dalam badan manusia. Batin mengikut manusia ke mana-mana. Bukan luaran. Kalau luaran masih boleh lagi bersembunyi. 

Diperkuatkan lagi maknanya bila disuruh melihat ke dalam mata. Apabila melihat ke dalam mata bukan biji mata yang dilihat tetapi syaitan-syaitan. Nauzbillah minas syaitaan nirrajiim..!!

Jangan rapat katanya sebab di dalam itu teramat gelap. Syaitan-syaitan itu berada di dalam gelap. Memanglahkan. Dark Forces.

Kesimpulannya The Beast = Sang Binatang = Syaitan. Ia ingin duduk di dalam batin manusia. Jika dapat duduk ia bersama manusia pergi ke mana-mana.

Dalam lirik lagu Demons itu juga mengaitkan syaitan dengan satu kerajaan yang bakal tiba. Siapalah yang mengaku kerajaan dia bakal tiba tu.

Surah An-Nas / Surah ke-114, Al-Quran. 6 ayat.

1) Katakanlah (Wahai Muhammad), aku berlindung dengan Tuhan Pemelihara sekalian manusia.
2) Raja (Tuhan) Yang Menguasai sekalian manusia.
3) Tuhan Yang Berhak Disembah oleh sekalian manusia.
4) Dari kejahatan bisikan Khannas.
5) Yang membisikkan ke dalam dada-dada manusia.
6) Dari kalangan jin dan manusia.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...