Thursday 14 September 2017

Isu Grill / Jeriji Tingkap dan Keselamatan (Security and Safety)


Pengajaran berguna dapat diambil daripada bangunan asrama Maahad Tahfiz yang terbakar baru-baru ini. Apabila terbakar, pintu utama yang menjadi satu-satunya jalan keluar masuk ke dalam dan luar asrama telah terbakar. Saksi menyatakan situasi tersebut sebagai pintu telah "dipeluk api". Kesannya saksi yang cuba menyelamatkan mangsa-mangsa gagal masuk kerana api sudah marak. Tiada pintu lain yang boleh dimasuki.

Tingkap-tingkap pula semua telah bergrill dan sudah tentu sukar dibuka kecuali dengan peralatan tertentu. Ditakdirkan seramai 13 orang pelajar tahfiz telah berjaya keluar dengan menyentap grill tingkap di bilik mereka. Selebihnya gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam keadaan api yang marak secara luar biasa.

Kredit : Mynewshub
Grill tingkap pasang mati
Sebenarnya isu ini bukanlah isu bangunan maahad tahfiz semata-mata. Grill / jeriji tingkap dipasang kerana alasan keselamatan. Ini mengelakkan orang yang tidak diingini memasuki premis melalui tingkap. Dalam kata yang lain ialah mengelakkan kejadian jenayah.

Sedangkan keselamatan itu sebenarnya ada dua kategori iaitu security and safety. Biasanya security boleh merujuk kepada keselamatan daripada perlakuan jenayah individu atau harta benda. Misalnya pemasangan grill dibuat bagi mengelakkan penjenayah masuk melalui tingkap. 


Soal safety pula merujuk kepada keselamatan harta benda dan individu dari ancaman bencana, kecelakaan atau kemalangan sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. 

Apabila keselamatan dari security sudah dianggap lengkap, terjadi pula kekurangan dari segi safety. Apabila berlaku kebakaran, grill yang tidak mudah ditanggalkan itu menjadi penghalang kepada penghuni untuk melepaskan diri dari api ketika pintu utama tidak boleh dilalui.

Apartmen yang sedang naik di mana-mana. 
Inilah trend ketika ini yang dibuat terhadap tingkap-tingkap tidak kiralah jenis rumah, apartment atau pun pejabat-pejabat. Kebakaran di maahad taffiz baru-baru ini hanyalah sample. Sedangkan banyak lagi sample-sample yang bukanlah maahad tahfiz tetapi berbentuk residential atau apartment bentuknya. 

Pihak Bomba akan menentukan tahap keselamatan sesuatu bangunan itu sebelum diserahkan kepada pembeli. Tetapi pembeli mungkin membuat pengubahsuaian kepada struktur premis mereka tanpa disemak semula oleh pakar-pakar keselamatan sivil. Seperti memasang jeriji tingkap yang langsung tidak dapat dibuka dari luar atau dari dalam.

DOWNLOAD PANDUAN JERIJI KEDIAMAN OLEH BOMBA DI SINI

Beberapa jeriji keselamatan yang disyorkan BOMBA
sepertimana di dalam Panduan Jeriji Kediaman.

Mungkin sejenis jeriji atau grill yang mudah dibuka dari dalam premis tetapi tidak dapat dibuka dari luar adalah solusi kepada isu seperti ini. Memandangkan kebanyakan grill yang dipasang ketika ini adalah jenis pepasang yang tidak boleh dibuka kecuali dengan membuka setiap skru, maka mungkin isu harga menjadi faktor untuk orang ramai membeli grill seperti ini.



Jeriji besi punca mangsa gagal menyelamatkan diri, kerana
tidak dapat dibuka dari dalam - BOMBA




Meanwhile, Abu Obaidat said the fire is believed to have started at the main door of the school, and all the charred remains of victims were found elsewhere in the building.
“All bodies were found (near the) windows at the left and right, on the second floor. 
'But tragically, all the windows had (grilles on them)," Abu Obaidat said.
He added that most of the bodies were piled on top of each other.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...