Monday 5 December 2016

Maung Zarni pecah rahsia Aung San Suu Kyi !! Isu Rohingya.

Credit Al Jazeera English
(Maung Zarni mengulas)

Saya sendiri sebenarnya telah ditugaskan untuk membawa isu Rohingya semasa lawatan Aung San Suu Kyi ke London bagi bercakap dengan panel orang awam di Sekolah Ekonomi London. Dia sendiri tak mahu bercakap mengenai isu Rohingya ketika itu. Sebab itulah saya terpaksa masuk bagi pihaknya untuk bercakap bagi isu Rohingya depan audien di London. 

Sebab utama Aung San Suu Kyi ni tidak mahu bercakap tentang isu Rohingya ialah kerana dia memilih berdiam diri atau pun duduk di atas pagar. Tetapi bagi saya dia bukan duduk di atas pagar. Dia sendiri menafikan kerajaan Myanmar terlibat dalam pembersihan etnik terhadap Rohingya. Rohingya sebenarnya adalah kaum etnik di Myanmar. Etnik yang minoriti.

Saya bagi tahu anda, yang dia (Suu Kyi) menipu!


Makalah terbitan 1960 menunjukkan etnik Rohingya
sebagai etnik minoriti Myanmar.
Dia beritahu komuniti antarabangsa supaya tidak menggunakan terma genosid (pembunuhan etnik), sebab ia bukan fakta katanya (Yang Rohingya adalah etnik Myanmar).

Di sini saya tunjukkan satu penerbitan dari tahun 1960, dari Kementerian Pertahanan Myanmar yang dinamakan "Hal Ehwal Semasa". Diterbitkan 15 Julai 1960. Dimana di dalamnya Rohingya secara rasmi telah diiktiraf sebagai etnik minoriti. 

Salah seorang bapa saudara kepada saya, adalah timbalan ketua pentadbiran kepada hal ehwal Rohingya. Sebagai senior major.

Anda tahu tak bahawa Aung San Suu Kyi adalah bertanggungjawab terhadap kesalahan jenayah, sebab dia tahu yang kita (Myanmar) menipu satu dunia tentang apa tentera Myanmar buat terhadap orang Rohingya, sejak 1978 lagi. 

Isu Aung San Suu Kyi Tiada Kuasa

Dalam Perlembagaan Myanmar sekarang, ada tiga kementerian. Kementerian Hal-ehwal Persempadanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Mereka ini tidak dikawal. Yang lainnya seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Imigresen, hal ehwal agama, Kementerian Keadilan, mereka ini bersubahat sama dalam operasi ke atas orang Rohingya. Yang merupakan orang Myanmar juga. 

Dia kata dia tak dapat menghentikan tentera Myanmar daripada membunuh, menyembelih dan merogol perempuan-perempuan Rohingya dan menyiksa orang-orang kampungnya, membakar beribu-ribu rumah dan kononnya bukan kesalahan dia (Suu Kyi).

Bila dia bercakap dengan wartawan berbahasa Inggeris, dia kata masyarakat antarabangsa terlalu memberi tumpuan kepada sisi negatif isu ini, daripada melihat isu positifnya.

Biar saya menanyakan satu soalan, sisi manakah dari pembunuhan etnik yang masih aktif ini yang telah berlangsung bertahun-tahun, yang dia lihat sebagai positif?

Sumber Al-Jazeera English

Keys
Isu Rohingya
Kekejaman tentera Myanmar
Rakhine
Aung San Suu Kyi menipu
Etnik Rohingya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...