Friday 27 November 2015

Ulasan Filem : Moneyball


Kita dapat banyak belajar daripada sesebuah filem. Filem yang bagus pula dapat memberikan mesej yang baik dan juga pengajaran yang berguna. Secara realitinya, banyak filem yang bagus pada masa kini yang boleh kita tonton. Kadangkala selepas letih seharian menumpukan tenaga dan akal fikiran bekerja, saya akan memetik remote control secara random untuk Channel Astro yang berbaloi untuk ditonton. Tidak kiralah samada ia filem, dokumentari, rancangan diskusi intelektual atau apa sahaja. Kebiasaannya saya tidak merancang untuk menonton sesuatu. 

Dan tiba-tiba saya lihat filem ini baru bermula, saya tertarik kepadanya sejak babak mula lagi. Mungkin seseorang yang menonton filem ini dapat menikmatinya berdasarkan sudut yang menjadi tarikan kepada diri masing-masing. Jika anda suka bermain besbol (mungkin orang yang bermain kriket juga) akan tertarik dengan filem mengenai sukan besbol ini.

Tetapi saya tidak bermain besbol. Saya juga tidak suka permainan besbol. Mungkin saya adalah tipikal Malaysian yang seperti orang British lebih sukakan bolasepak dan memandang besbol ini membosankan. Walaupun begitu, saya telah menikmati filem ini sehingga akhir. Apakah daya tarikannya?

Mungkin juga anda seorang cikgu matematik atau pun pelajar statistik, anda mungkin mahu menonton filem ini. Kalau tidak pun, mungkin seorang pengurus atau CEO. 

Wednesday 25 November 2015

Apabila atheist itu bukan atheist.



Persoalan mengenai ketuhanan sentiasa menjadi topik utama kehidupan manusia. Kerana manusia itu asalnya melalui proses tiada kepada ada. Ini dapat dirasakan oleh setiap individu yang berakal waras dan mempunyai kesedaran. Tidak ada individu bernama manusia tidak dapat mengingati bilakah masanya dia tidak ada. Yang akan membawa maksud dia sentiasa ada atau wujud sebelum ini.

Maka bagaimanakah terjadinya ada itu selepas ketiadaan diri? Jika seseorang itu tidak memilih untuk dia mengadakan dirinya sendiri maka sudah tentu yang mengadakannya itu adalah selain dirinya, bukan?

Jika seseorang tidak bersetuju dengan penyataan di atas maka dia hendaklah menunjukkan bukti kepada orang lain yang dia telah memilih untuk ada atau berkuasa mengadakan dirinya sendiri. Kerana orang lain tidak merasakan yang mereka memilih atau berkuasa untuk mengadakan dirinya. Iaitu menjadikan kewujudan mereka di dalam alam ini.

Bilakah anda memilih untuk menjadi wujud?

Saturday 21 November 2015

Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.


Apabila menonton Discovery Channel, sekali lagi terlihat Morgan Freeman beraksi di dalam rancangan sains yang memaparkan isu penciptaan alam. Rancangan yang membincangkan tentang teori saintifik dan bidang fizik terkini mengenai asal kejadian penciptaan alam yang kita hidup dalamnya ini.

Rancangan " Through the wormhole " atau dalam bahasa Melayunya "Memasuki atau melalui lubang cacing angkasa" membincangkan teori-teori berkaitan wormhole, teori big bang, kewujudan atom yang tidak dapat ditentukan lokasinya, teori string, teori relativity Einstein, takrif masa, isu bolehkah kita pergi ke masa lepas, fabrik masa dan tempat, adakah graviti satu ilusi dan berbagai-bagai lagi isu saintifik dan fizik masakini.

Apabila melihat rancangan ini dan perbincangannya, penonton boleh merasakan yang manusia kini telah sampai ke tahap satu kemajuan yang seakan-akan dapat memanipulasi sumber alam sehingga ke tahap kembali ke masa lepas. (Isu dibincang artikel Incikposmen di sini dan di sini)

Mungkin sahaja ia hanya satu gimik dan isu yang sengaja dibangkitkan supaya persoalan dan program TV berkenaan mempunyai nilai untuk menarik sejumlah ramai penonton. Sememangnya program TV berkenaan menarik dari segi perbincangannya dan mampu membuatkan penonton terpaku dan menikmatinya sehingga habis rancangan. Setidak-tidaknya bagi mereka yang berfikiran saintifik dan mempunyai inkuirisiti yang tinggi.

Apabila Morgan Freeman menjadi pengacara rancangan ini, ia menjadi satu tarikan yang tersendiri. Bukan calang-calang pelakon yang mampu menjadi hos sebuah program TV yang begitu saintifik seperti ini. Anda mungkin tidak dapat melihat Justin Bieber didalamnya. Mungkin Rajinikand pun tidak mampu. (Ok.. beliau mampu melakukan pelbagai perkara luar biasa yang lain ok?!!)

Apabila baru-baru ini telah viral satu spekulasi yang mengaitkan Morgan Freeman telah memeluk agama Islam, yang berasal daripada satu twitter oleh seorang individu bernama Majid Nawaaz membuatkan menonton rancangan Morgan Freeman di waktu ini menimbulkan fikiran-fikiran tertentu. (Link)

Monday 16 November 2015

Siapakah ISIS berdasarkan Hadis atau perkhabaran dari Nabi S.A.W ? #Islamicstate #Parisattack #Paris


Dengar betul-betul IS itu datangnya dari lubuk mana?
Posted by Yunan A Samad on Monday, 16 November 2015
.


Sunday 15 November 2015

Meniti hari-hari hujan tanpa henti.


Setelah jerebu telah kurang dengan drastiknya akibat hujan yang kerap sudah tentu kita merasa lega dan bersyukur atas perkembangan terbaru ini. Tetapi hujan yang turun dalam musim tengkujuh ini mengingatkan kembali memori dua tahun yang berlalu. 

Kejadian banjir besar yang berulang dua tahun berturut-turut yang memberikan tamparan hebat kepada negara dari aspek pengurusan bencana. Jelas, banjir besar ini adalah bencana. Jerebu juga adalah bencana. Dalam kes di Indonesia, apa yang dinamakan kabut asap akibat kebakaran hutan tanah gambut itu telah berlaku bertahun-tahun berturutan. Tetapi mereka tidak menjangkakan kabut asap kali ini adalah semakin parah sehingga mendatangkan korban jiwa kepada beberapa kanak-kanak dan bayi akibat menghidu udara yang tercemar.

Apa yang dilakukan oleh Indonesia adalah menubuhkan satu jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani masalah itu dan menguruskan operasi memadam titik-titik api kebakaran hutan yang sangat luas dan banyak. Terbukti ia tidak mencukupi sehingga pasukan yang dihantar Malaysia menggunakan pesawat Pelican C-415 telah kembali ke tanah air sedangkan titik api semakin bertambah dipercayai kesan kerakusan manusia untuk membuka ladang kelapa sawit ataupun ladang bagi perusahaan.

Memori lepas.
Dalam kes banjir di Malaysia pula, setelah negara telah terpukul dua kali, kali ini sebelum berlakunya  musim tengkujuh Perdana Menteri telah mengumumkan satu langkah bagi menghadapi kemungkinan banjir besar yang bakal berlaku. (Artikel di sini)

Saturday 14 November 2015

Edisi Siasat : Betul ke Morgan Freeman peluk Islam?

Hidayah ni milik Allah. Dia memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan hanya Dia yang mengetahui kenapa orang itu mendapat hidayah dengan sebenar sebabnya. Edisi siasat dalam blog ini, kalau ia menyentuh mengenai perkhabaran viral tentang pengislaman seseorang. Tetapi kemudiannya di buktikan ia tidak benar, hanyalah benarnya itu sehingga waktu terakhir info dikemaskini.

Sebabnya ialah selepas itu bila-bila masa sahaja orang itu boleh mendapat hidayah. Tak kiralah Undertaker ke.. Jason Statham ke.. Jackie Chan ke.. dan senarai terus bersambung..

Kalau tak ada pula hoax islami (Ni istilah blogger Indonesia) macam ni, bagaimana pula P.I (Penyiasat Persendirian / Private Investigator) nak cari makan. Kann.. Kann..

Ok. Kali ni mesti ada yang pernah jumpa grafik viral di bawah ini.


Macam dalam kes Jason Statham, kenyataan itu sungguh konfiden dan pasti saja tentang pengislaman Morgan Freeman tu. Tapi ingat dalam kes Jason Statham, Radio Arab yang sebarkan kenyataan dia dengan selamba sahaja kata lepas tu berita tak confirm. 

Itulah pengajaran supaya yang mendapat berita perlu berhati-hati dengan viral. Janganlah cepat percaya. Kalau berita yang menggembirakan jangan cepat gembira, kalau berita yang menaikkan kemarahan jangan pula cepat melenting.

Ok, apa ceritanya kali ini?

Tuesday 10 November 2015

Bahasa Malaysia vs Bahasa Indonesia



Penciptaan perkataan-perkataan baru.

Haritu ada terjumpa satu posting tentang meningkatkan martabat bahasa Melayu.

Pada pandangan saya satu bahasa itu tidak boleh jumud dan kena berkembang dengan keperluan zamannya. Memajukan bahasa itu supaya ia menjadi bahasa ilmu.

Dulu P. Ramlee pernah membuat inovasi dengan mencipta perkataan "pawagam". Yang kemudiannya diterima dan dipakai semua.

Tetapi sekarang kita tidak jarang mendengar perkataan-perkataan baru. Sedangkan Indonesia, mereka galak melahirkan perkataan-perkataan baru. Kalau ini berterusan satu hari nanti kita akan terpaksa meminjam perkataan mereka ini.

Cuba tengok perkataan-perkatan baru Indonesia di bawah ini dan berapakah yang anda faham maknanya. Ini baru sedikit.

Karhutla = ?
Menlu = ?
Menhan = ?
Balita = ?
Bukber = ?
Satgas = ?
Polres = ?
mobnas = ?

Friday 6 November 2015

PAS semakin matang?


Apa salahnya PAS bekerjasama dengan UMNO dalam hal perkara yang melibatkan kebaikan dan juga kepentingan umat?

Dari aspek manakah yang menjadi kesalahan atau dosa kepada kerjasama yang baik dan dianjurkan dalam Islam seperti itu?

Seorang ahli PAS telah menyatakan kepada kenalan saya yang beliau merasakan kekecewaan kerana PAS kini lebih berminat untuk bekerjasama dengan parti UMNO berbanding dengan melibatkan diri dalam pembentukan Pakatan baru yang dibentuk bersama-sama Parti Amanah, DAP dan PKR. 

PAS kini bukanlah PAS yang diharapnya dahulu sentiasa bermusuhan dengan UMNO dan memandang UMNO sebagai satu musuh yang sebenar-benar musuh dan wajib ditumbangkan dengan apa cara sekalipun. PAS dahulu dilihat mengeluarakan kenyataan sehingga sanggup berkerjasama dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO.

Monday 2 November 2015

Penahanan Anwar Ibrahim Tidak Sah!


Pandangan oleh apa yang dikatakan satu badan dalam UN yang mengatakan penahanan Anwar Ibrahim di dalam penjara adalah tidak sah, zalim dan arbitrari adalah membingungkan. Pandangan itu sendiri adalah arbitari. 

Pandangan ini arbitrari kerana ianya mengeluarkan pandangan yang bias dan tidak berasas. Jika ia berasas sudah tentu apa yang dikatakan oleh badan misteri dalam UN ini akan menyatakan sebab-musabab yang jelas kenapa ia mengatakan penahanan itu tidak sah. 

Secara logiknya juga, jika Anwar Ibrahim, seorang bekas ketua pembangkang yang mempunyai ramai peguam dan sekutu-sekutu beliau dalam politik serta berpengaruh tidak mendapat layan yang baik dalam tahanan, maka sudah tentu ramai banduan sebenarnya tidak dilayan dengan baik dan juga penahanan mereka adalah tidak sah. 

Jika begitu, badan misteri dalam UN ini perlulah juga menyeru kepada pembebasan beratus-ratus malah beribu-ribu banduan di dalam penjara Malaysia yang ditahan secara arbitrari dan zalim serta tidak mendapat layanan sewajarnya. Badan misteri dalam UN ini jika ia wujud sepatutnya tidak tertumpu kepada seorang banduan semata-mata. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...