Sunday 22 February 2015

Kes curi motosikal yamaha 125ZR di Presint 9 Putrajaya pada 18/2/2015

Gambar saspek
Gambar saspek.
Siapa kenal saspek ini? 

Kes curi motosikal yamaha 125ZR maroon sportrim merah nombor plat WYG408. Lokasi hilang di Presint 9 Putrajaya pada 18/2/2015. Sebarang maklumat boleh hubungi 0102699435

ANEH : MENDAKWA POPIAH / LUMPIA MAKANAN ASAL CHINA ADALAH MILIK INDONESIA #savelumpia


Setelah membaca segelintir rakyat Indonesia melakukan protes di depan Kedubes Malaysia di Jakarta, saya pun kemudiannya baru mengetahui kuih yang dinamakan popiah di Malaysia ini dinamakan sebagai “LUMPIA” di Indonesia.

Sepanjang hidup saya sebagai rakyat Malaysia dan juga orang Melayu, saya sedari awal mengetahui kuih popiah ini adalah di bawa daripada orang-orang Cina yang datang ke semenanjung tanah Melayu pada ketika itu. Malah boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengetahui yang kuih ini berasal daripada China.

Kuih ini asalnya disebut “POH PIAH”, namun kemudiannya sebutan itu dievolusikan kepada “POPIAH” berdasarkan sebutan orang-orang Melayu. Malah menurut Wikipedia, nama kuih “POPIAH” telah dimasukkan ke dalam bahasa Inggeris berdasarkan sebutan bahasa Melayu itu. Nama “LUMPIA” juga adalah berasal perkataan Cina yang berbeda dialeknya.

Wednesday 18 February 2015

Bila diberi 3 pilihan.

Soalan:

Jika anda dituduh di mahkamah atas pertuduhan jenayah. Anda mengetahui diri anda tidak bersalah. Anda yakin anda mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk membela diri. Anda mempunyai saksi-saksi yang ramai yang boleh memberikan kenyataan di mahkamah bahawa anda di tempat yang lain ketika jenayah itu berlaku. Anda mempunyai pasukan peguam bela yang handal-handal.

Anda diberikan 3 pilihan... Mana satu pilihan anda?

Logik Alibi ni bang..

Kalau aku confidence yang aku tak ada kat satu tempat tu. Maknanya aku kat tempat lain, dan pada masa yang sama ada orang nampak aku kat tempat lain tu. Tak pun memang aku bersama dengan kawan aku tengah makan-makan kat tempat lain. 

Kemudian aku kena tangkap dan dituduh buat jenayah di tempat lain dalam masa yang sama. Dah tentu aku akan mempertahankan diri dengan mengatakan aku waktu itu di tempat yang lain.

Ini dinamakan defence of alibi di mahkamah.

Sunday 8 February 2015

Unsur satanism dalam industri muzik barat.


Aku ingat Macbook aku kena virus sebab aku post pasal komen seseorang tentang Hollywood haritu. Sebab Malware tu datang lepas itu. Ada corelate atau tidak aku tak tahu.

Tapi untuk menyemarakkan lagi keadaan aku post pulak dia punya terjemahan dalam bahasa Melayu. Ini supaya semua orang yang mungkin kurang faham Inggeris boleh baca dan fahamkan.

Sebenarnya isu Hollywood ini dah lama orang bincangkan. Mungkin di Malaysia agak kurang sedikit. Tapi aku berpandangan komen seseorang ni agak bagus dalam menyimpulkan apa sebenarnya berlaku dalam industri muzik dan hiburan daripada Hollywood ini. Dia juga ada ceritakan pengalamannya dengan orang-orang penting dan artis terkemuka dalam industri hiburan.

Kemudian mungkin kita terfikir adakah kita hendak anak-anak kita menonton tv, dengar muzik atau pun filem-filem daripada Hollywood ini dan menerima kesannya. Tetapi komen beliau sebenarnya lebih kepada industri muzik.

Klik dibawah untuk membacanya.

Monday 2 February 2015

Akhirnya Macbook aku dihinggapi Malware!



Apakah Malware itu? Sehingga Google terpaksa keluarkan amaran kepada Macbook aku seperti gambar di bawah.

Sebenarnya aku sedang mengusahakan satu posting yang mungkin sensitif kepada kumpulan tertentu. Tetapi aku usahakan juga sebab aku fikirkan kepentingannya. Kenapa ketika aku mengusahakan posting ini tiba-tiba aku terkena malware ini?

OSX Operating Sistem Apple kebal Virus?



Apple punya komputer ada kena virus tak?

Aku sebenarnya sedang cuba memahami isu ini. Aku pernah dengar dakwaan yang OS Apple ini seolah-oleh kebal atau pun telah dibina supaya tidak ada virus yang boleh menghinggapi atau merosakkan Macbook atau Apple device yang menggunakan iOS.

Adakah ini benar? 


A comment from Hollywood insider - Satanism in Hollywood.


Written by a commenter on a blog. Link below.
I found this article while searching for some info, and it was very compelling and well written. I was an aspiring rock musician, and singer. Even though this article was published years ago, I want to add my story. 
You asked for others who had brushes with celebs and the industry. I am no one famous, never was, but, I did have an opportunity when i was literally a kid, to see the other side.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...