Saturday 18 June 2016

Proton Perdana Baru dan Proton SUV


Aritu aku pegi la ke Proton showroom kan. Tengok kejap kereta baru ni, Proton Perdana Baru. Aku nampak oklah dari segi luarannya. Proton Perdana ni lagi panjang daripada Honda Accord dan Toyota Camry. Panjangnya itu menjadikan boot simpanannya lebih luas dan sangat luas. Pengunjung-pengunjung di situ bagi komen memang kereta mewahlah. Kereta mewah yang dapat dibelikan dengan Harga RM113k bagi 2.0 cc dan RM138K bagi 2.4 cc. 

Enjinnya mengunakan enjin Honda Accord. Base dia pun Honda Accord tetapi Proton dah design kereta Perdana ni dengan design sendiri. Pada pandangan aku cantiklah design tu. Mula-mula aku baca kat Paul Tan orang-orang komen pasal Proton Perdana baru ni. Kebiasaan di Paul Tan tu, akan ada satu puak yang akan mengutuk-ngutuk kereta Proton, mengkeji dan menghina. Dalam bahasa orang putih mereka ni dipanggil Proton Bashers. Kemudian ada pula puak yang akan mempertahankan Proton daripada kejian-kejian makhluk-makhluk tersebut.

Antara kutukan yang aku terbaca ialah ada yang kata nampak cheap materiallah. Patut lagi murah. Tu sebab bila aku nampak kereta tu kat Showroom aku pun pergi tengok. Betul ke dakwaan ni. Dan verdict aku, aku tak nampak pulak macam cheap material. Pada pandangan aku semua material berkualiti dan digarap dengan baik. Sesuai dengan tahap kereta mewah. Biasalah puak-puak tu ada penyakit hati sampai tak suka negara sendiri boleh produce kereta nasional atau apa yang orang Indonesia panggil mobnas.

Tunjuk stereng sajalah. Body tengok
 kat showroom berdekatan anda.
Tapi Sedan panjang ni bukanlah taste aku. Lebih sesuai kepada VIP atau official yang selalu attend majlis-majlislah rasanya. Orang bisnes cam aku ni lebih sesuai dengan kereta yang boleh bawa barang-barang dagangan. Tu sebab aku tak buat test-drive aritu. Aku penah pandu Honda Accord dan aku rasa macam memandu sesuatu yang mengelebeh. Mungkin sebab design luaran itu. HRV pun ada rasa yang sama. Pun dia ada design yang mungkin contribute kepada feel itu.

Yang 2.4 cc punya ada LCD dengan GPS. 2.0 takde GPS.
Tapi pulak, aku tengok Perdana baru ni walaupun besar tapi design dia fit. Tak mengelebeh. Tapi sebab aku tak test drive aku taklehlah nak cerita lebih pasal tu. Aku cakaplah kat promoter tu aku tak minat Sedan tapi kalau SUV aku buatlah test drive. Aku pun tanyalah agaknya bila Proton akan keluarkan SUV. Dia jawab dalam tahun depan sebab tahun ni ada dua kereta baru nak launch dulu. Dia kata SUV baru Proton tu nanti akan berdasarkan SUV kereta Suzuki. Entah betul atau tidak aku pun tak tahu. Yang setahu aku Youngman dari China tu yang setakat ni ada keluarkan SUV yang mungkin menjadi SUV Proton. Kalau replika Proton yang dipamerkan itu SUV Lekir dulu pun serupa macam SUV Youngman je aku tengok.


Tapi dia menafikan benda ni. Bukan Youngman tapi Suzuki katanya. Dia bagi dalil, tengok Suzuki dah tutup semua branch di Malaysia sebab dia buat kerjasama dengan Proton. 

Oklah, betul atau tidak kita tengoklah nanti. Tapi kalau Suzuki punya SUV aku pun terbayangkan kereta Proton Perdana depan aku masa tu. Kalau dia rebadge Suzuki macam dia buat Proton Perdana ni, kira suatu yang menarik. Kiranya pembeli dapat satu kereta SUV berkualiti dengan harga yang tidak semahal SUV-SUV lain. 

Harapnya betullah apa yang aku dengar ni. Kalau keluar nanti aku test drive punya.

Akibat penasaran, aku pun googlelah mana satu SUV Suzuki ni. Nilah gambar yang aku jumpa.

Ni Grand Vitara versi India. Aritu ada orang buat april fool letak logo Proton
pada Vitara India ni sampai orang semua percaya ni dalam RnD Proton.
Tapi kemudian ada orang bagi gambar sebenar di India.
Yang buat "april fool" tu seorang yang famous selalu hantar gambar-gambar design Proton ke Paul Tan. Entah benar april fool atau sebenarnya dia dah tahu yang itulah SUV yang bakal di gunakan Proton?

Tapi dalam satu artikel di Paul Tan menafikan ada mengetahui Proton mempunyai plan untuk SUV Suzuki ni. Tapi kalau betul ada plan macamana rupanya? Dibawah adalah SUV Vitara baru di Australia.



Cantik kan? SUV ni mempunyai kapasiti enjin 1.6 cc. Dia dikatakan satu kategori dengan Mazda CX-3. Macam Range Rover pun ada juga. Cuma dia tak besar macam Range Rover tu. Tapi design kereta menyebabkan ia nampak besar sikit.

Dan yang lebih menarik bagi aku adalah dibawah ini.


Ini adalah 1.5 Turbo. Kalau Honda Civic ada 1.5 Turbo yang mempunyai tenaga macam kereta 2.4 cc mungkin juga yang ini adalah sama atau menghampiri 2.4 cc. Civic 1.5 Turbo pula lebih mahal daripada Civic 1.8 cc kerana dianggap kelas yang lebih tinggi. Bayangkan varian macam ni masuk Malaysia bawah Proton.

Ini sesuatu yang menarik. Harap-harap apa yang diberitahu oleh promoter itu betul dan dia tak silap.

Keywords : Proton SUV. Proton Grand Vitara, Proton Suzuki, Proton Vitara, Proton Youngman, Proton Brezza

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...