Wednesday 24 February 2016

Edisi Siasat : Betul ke Perdana Menteri Bangladesh Nak Bertanding Politik di Malaysia?


Ada jugak benda macam ni ye.. Tapi zaman sekarang ni khabar angin bukan sekadar terbang atas angin, dia datang dengan gambar-gambar atau tulisan yang mungkin dah diphotoshop baik punya. Mula-mula kualiti photoshop tu taklah sebagus mana tapi lama kelamaan dia jadi lagi bagus dan sukar pula nak bezakan tulen atau palsu.

Ok isu sini adalah betul ke Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina tu ada cakap macam tu? Nak pindah ke Malaysia dan bertanding jadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau aku jadi perdana Menteri Bangladesh pun aku tak cakap macam tu. Tapi tu kan CNN yang lapor? Cam real je berita CNN ni kan.

Kali ni Incikposmen tak hantar private investigator dia. Kali ni kita pakai siasatan orang lain. Kredit diberikan kepada Facebook Citizen Investigator Movement kerana telah menjalankan siasatan ini. Benda ni viral lama dah tapi sekarang masih lagi ada orang percaya. Sebab sekarang ni hangat kempen propaganda 1.5 juta Bangladesh tu, macam-macam bahan keluar. Benda ni adalah salah satu yang diviralkan semula.

Ok kita tengok macamana dia orang buat siasatan.


Dakwaan pada "berita CNN" itu.

"Even if they expel me from this country, I am still not worried." She alleged that she can migrate to Malaysia and easily get citizenship here because many of her supporters working in Malaysia already got it.

"Kalau dia orang buang aku dari negara (Bangladesh) ni pun, aku tak risau". Beliau mendakwa boleh berpindah ke Malaysia dan mendapat kerakyatan dengan mudah sebab ramai penyokong-penyokong beliau di Malaysia dan jadi rakyat Malaysia.

"Insya Allah, I will contest for premiership of Malaysia in 2018 and I am sure the 2 millions Malaysia Bangladeshi will vote for me".

"Insya Allah, aku akan bertanding untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 2018 dan aku yakin 2 juta rakyat Bangladesh di Malaysia akan mengundi aku".

Hmm.. terlalu yakin kenyataan itu. Sebab jumlah 2 juta tu sekarang dah dihadkan kepada 1.5 juta. Itu pun had siling, max. Tak semestinya sampai tahap tu. Kannn.. So ada dua dakwaanlah kat atas tu.. huhuhu..

Citizen Investigator Movement memulakan siasatan dengan mendapatkan pengesahan atas beberapa perkara di bawah ini. (Terjemahan dan hasil siasatan di bawah)
INVESTIGATION: 
1) Try to check and confirm on CNN website if there is such news published.
2) Check if there are any signs of editing / superimposed / photoshopped on the photo.
3) Contact Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib and ask him where did he see this article.
4) Find out if CNN has ever published printed news.
Hasil Siasatan mereka.


1) Mengesahkan adakah berita seperti itu sebenarnya diterbitkan oleh CNN.

Hasil siasatan : Sumber berita tak dapat dikesan dari sumber CNN.

2) Cek sama ada wujud tanda-tanda gambar telah diphotoshopkan atau diedit.

Hasil siasatan : Membiarkan kepada pakar komputer untuk putuskan samada ia diedit.

3) Menghubungi Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib dan bertanyakan dari mana beliau melihat artikel ini.

Hasil siasatan : Ustaz tak reply pertanyaan dari netizens ketika itu.

4) Mendapat kepastian sama ada CNN pernah menerbitkan penerbitan bercetak.

Hasil siasatan : CNN tak menerbitkan penerbitan bercetak. Camana ada gambar surat khabar CNN. Format yang digunakan pula bukanlah format CNN.

Masa siasatan itu dibuat, Citizen Investigator Movement telah mendapati ia bersumberkan facebook   Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib. Tetapi ketika penulisan ini dibuat Incikposmen mendapati facebook itu telah tidak wujud lagi. 



KESIMPULAN

Tak ada pun berita dari CNN macam tu..! Terkejut tak..

Fitnah tu dah tempah tiket ke neraka. Itu zaman dulu pun macam tu. Tapi fitnah zaman ni dengan photoshop macam real tak tahulah masuk neraka level berapa pulak. Nauzubillah.

Banyak bahan-bahan mengenai Bangladesh yang disebarkan sekarang ni. Banyaknya yang tak betul macam yang kat atas ni. Janganlah kita termasuk dalam orang-orang yang mudah tertipu. Bila tertipu kita pulak terperdaya dan tolong sebar fitnah. Jaga diri kita dan keluarga dari api neraka jahannam..

Tq. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...