Saturday 14 November 2015

Edisi Siasat : Betul ke Morgan Freeman peluk Islam?

Hidayah ni milik Allah. Dia memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan hanya Dia yang mengetahui kenapa orang itu mendapat hidayah dengan sebenar sebabnya. Edisi siasat dalam blog ini, kalau ia menyentuh mengenai perkhabaran viral tentang pengislaman seseorang. Tetapi kemudiannya di buktikan ia tidak benar, hanyalah benarnya itu sehingga waktu terakhir info dikemaskini.

Sebabnya ialah selepas itu bila-bila masa sahaja orang itu boleh mendapat hidayah. Tak kiralah Undertaker ke.. Jason Statham ke.. Jackie Chan ke.. dan senarai terus bersambung..

Kalau tak ada pula hoax islami (Ni istilah blogger Indonesia) macam ni, bagaimana pula P.I (Penyiasat Persendirian / Private Investigator) nak cari makan. Kann.. Kann..

Ok. Kali ni mesti ada yang pernah jumpa grafik viral di bawah ini.


Macam dalam kes Jason Statham, kenyataan itu sungguh konfiden dan pasti saja tentang pengislaman Morgan Freeman tu. Tapi ingat dalam kes Jason Statham, Radio Arab yang sebarkan kenyataan dia dengan selamba sahaja kata lepas tu berita tak confirm. 

Itulah pengajaran supaya yang mendapat berita perlu berhati-hati dengan viral. Janganlah cepat percaya. Kalau berita yang menggembirakan jangan cepat gembira, kalau berita yang menaikkan kemarahan jangan pula cepat melenting.

Ok, apa ceritanya kali ini?

Bila disemak, berita tu bermula di sini. Dari twitter seorang individu bernama Maajid Nawaz yang berbual dengan Morgan Freeman dalam masjid. 

Kemudian beliau sendiri menafikan pengislaman Morgan Freeman ketika itu. Kira belum lagilah pada ketika itu. Kepada peminat-peminat Morgan Freeman dari umat Islam berbanyaklah berdoa dengan doa-doa yang baik. 

Terima kasih kepada penyiasat persendirian Incik Posmen.


Well.. Sometimes you have to make effort to make it very clear.. at present. But who knows what happens in the future.

No.. No.. No.. he is not..


Sumber

1 comment:

  1. Hati belum terbuka lagi walaupun dia tahu. Semoga dapat hidayah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...