Wednesday 22 July 2015

Nilai Emas Jatuh Ke Paras Terendah Dalam 5 Tahun.

Dikatakan nilai emas bertentangan dengan nilai US Dollars. Jika USD mengukuh, nilai emas pula sebaliknya. Hari ini nilai Emas Maybank jatuh sehingga bank itu menjual RM136.44 segram emas. 

                               

Harga RM136.44 segram itu pula adalah berdasarkan International Gold Price : USD 1100.7 per ounce. Pada sebelah malam pula harga emas di peringkat antarabangsa masih jatuh dan ketika posting ini ditulis ianya berharga USD 1092.85. Jika ini berterusan sehingga pagi esok, dijangka Maybank bakal menurunkan lagi harga emasnya. 


Pakar-pakar pelaburan emas di dalam negara mengesyorkan inilah masanya untuk membeli emas bagi simpanan masa hadapan. Pada masa yang sama pula, Ringgit menghadapi penurunan nilai yang teruk. Dengan membeli emas ini dijangka nilai emas akan melonjak pada masa hadapan dan ini akan dapat menjaga dan menambah nilai RM yang telah ditukarkan kepada bentuk emas. 

Penurunan nilai emas ini dilihat adalah gejala sementara, walaupun ada pakar antarabangsa berpendapat nilainya berkemungkinan besar boleh jatuh ke bawah paras US1,000.00. Apa-apa pun nilai sekarang ini telah pun rendah dan nilai yang rendah seperti ini sudah tentu melonjak kemudiannya membetulkan nilai sebenar emas itu.

Pada masa yang sama juga langkah kerajaan China menambah reserve emasnya bagi mengukuhkan lagi matawang dilihat secara logiknya akan menaikkan nilai emas antarabangsa. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Ada juga cakap-cakap yang menyatakan mungkin nilai emas sekarang ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mengakibatkan kejatuhannya. Jika benar, motif pihak yang membuat sedemikian tidaklah diketahui. Ianya juga menguatkan lagi pandangan yang melihat nilai emas akan melonjak setelah penurunan yang ketara ketika ini. 

Asas untuk membeli emas sudah ada. Kita tengok apakah emas akan turun lagi esok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...