Monday 6 July 2015

Kenapa Pasukan Bolasepak Kebangsaan Kita Tidak sehebat dahulu?

Semakin Teruk? 

Pertama sekali siapa boleh jawab, orang kita main lebih dekat kepada pendekatan macam England ke atau Brazil. Atau hybrid di antara kedua-duanya?

Siapa kata macam Brazil makanya pasukan kita bermain lebih kepada seni. Artistik. Ada yang kata skill individu.
Siapa kata macam England maka ia lebih kepada disiplin yang dibentuk berpasukan, mempunyai perkiraan (Calculation), saintifik, matematikal, aturan passing yang direncanakan.

Boleh dikatakan Brazil mendominasi perlawanan di antara Brazil dan England. Tetapi kemudiannya Germany telah berjaya mengalahkan Brazil di tempat sendiri dengan tahap amat memalukan.

Dilihat Germany telah berjaya membentuk satu pendekatan seoalah-olah hybrid di antara England dan Brazil. Sistem ini yang mempunyai pergerakan yang tersusun tetapi lebih dinamik telah berjaya mengejutkan Brazil. Kiranya macam perkahwinan di antara seni dan sains.

Kita pula dimana?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kritik spontan daripada pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk salah satu pasukan tempatan. Memang menyampah mendengarnya tetapi janganlah kita buat-buat tak dengar pula.

Kritikan pemain jepun itu lebih berkisar kepada disiplin dan budaya bolasepak kita sebenarnya. Budaya bola sepak kita juga mencerminkan serba sedikit budaya kerja kita. Itu yang ouch..!!

Sampai dia tanya, tadi dah makan, tapi ni nak makan lagi? Itu macam luar dari cerita dalam padang kan? Tapi sebenarnya relevan.

Dulu aku ada terbaca mengenai seorang orang puteh yang bertanyakan kepada seorang orang kita ni, “kamu semua ni kuat makan tapi badan tak juga besar-besar”. Sebab dia tengok orang kita banyak sesi makan. 

Budaya.. Budaya..

Kita pun dah tak ada budaya RnD. Sebab minda kita kaitkan RnD itu dengan kerumitan, susah, tak happy, tak relax dan macam-macam yang tak best. Kita lebih suka kepada budaya santai. Minum-minum, borak-borak.

Sedangkan RnD itulah banyak membuahkan hasil, kemajuan, produk baru, strategi ampuh, perolehan, peningkatan kemampuan dan berbagai lagi.

Kalau dilihat Misbun adik-beradik itu adalah hasil produk RnD ayahnya Encik Sidek. Yang melatih dan membangunkan keupayaan adik-beradik Misbun dengan sendirikanya. Tiada funding daripada mana-mana pihak pun.

So aku fikir selagi budaya ini tidak diubah selagi itulah kita akan stuck. Mungkin YB KJ selaku Menteri Belia dan Sukan boleh mengkaji pandangan aku ni. 

Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...