Friday 3 July 2015

Kenapa Dia Masuk PAS Kalau Masuk DAP Kemudiannya..?


Inilah persoalan yang aneh tetapi menarik untuk dibincang. Bolehkah petanda ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia terlalu terikut-ikut dengan trend?

Bank Soalan. (Siapa nak buat assignment boleh pakai)
  1. Adakah seseorang itu melihat PAS itu sama macam DAP?
  2. PAS adalah platform macam PKR yang kemudiannya mudah dia samakan dengan DAP?
  3. Kebencian terhadap BN dan UMNO yang tidak tertahan-tahan sehinggakan apa-apa selain daripada BN dan UMNO adalah pilihan terbaik?
  4. Masuk PAS sebab terpengaruh oleh gelombang reformasi yang mendakwa PAS itu sama macam parti lain di dalam Pakatan Rakyat?
  5. Masuk DAP sebab percaya dakwaan DAP adalah lebih Islamik daripada UMNO?
Macam-macam persoalan. 

Kalau bagi fahaman ahli-ahli PAS majoriti yang masuk PAS ikut modul tarbiyah mungkin berbeza dengan mereka yang masuk PAS ikut jalan mee segera atau terpengaruh oleh keadaan tertentu yang sementara sifatnya. Contohnya gelombang reformasi yang dibawa oleh DSAI dahulu yang kini bolehlah dilihat sebenarnya seperti hangat-hangat tahi ayam.

Sememangnya pelbagai janji telah ditaburkan yang menarik bermacam persepsi orang ketika hendak menarik ahli baru PAS for All ketika itu. Persepsi yang melihat PAS itu seperti satu bentuk yang menyamar-menyamar, yang sebenarnya bukan itulah bentuk sebenar PAS. Apabila bentuk sebenar itu telah terzahir, mereka tidak dapat lagi bertahan lama. 

Itu yang buat Lim Kit Siang menyampah, katanya kalau menang pilihanraya hari tu, dah tentu kerajaan PR tak dapat bertahan lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...