Friday 3 July 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu - No 3.



Mengapa saya memilih untuk membincangkan 3 sifat dan 4 pembahagian takrif sebelumnya? Mengapa siri perbincangan yang dinamakan ilmu hikam yang dilupakan umat melayu ini bermula?

Dalam membina ketamadunan sebuah umat bagi sesuatu negara, umat tersebut memerlukan pencapaian ilmu yang jitu. Pencapaian ilmu pula tertakluk kepada daya usaha yang dilakukan oleh umat berkenaan. Jika banyak usahanya nescaya banyaklah pula hasilnya. Jika usaha yang dilakukannya sedikit maka sedikitlah dapatannya.


Jika kita melihat kepada usaha umat termaju di dunia seperti bangsa Inggeris (Contohnya Amerika dan British), German, Jepun, Korea dan Perancis. Mereka mempunyai budaya keilmuan yang jitu dan berterusan daripada satu generasi hingga ke generasi yang seterusnya. 
Mereka percaya dengan konsep “standing on the shoulder of giant”. Maknanya mereka akan membangunkan atau meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh orang-orang sebelum mereka. Oleh itu perkembangan ilmu itu berterusan dan maju sehinggalah ke zaman ini. Yang mana mereka masih lagi menguasai keadaan kerana mereka menguasai ilmu duniawi.

Mereka juga membudayakan RnD, yakni membuat penyelidikan dan pembangunan sesuatu konsep ilmu itu dalam apa juga bidang. Lantaran itu, mereka mempunyai perkembangan ilmu dan teknologi yang pantas. Malah mereka saling berlumba-lumba antara satu sama lain.

Mengkaji samada kemungkinan untuk
 mendapat kelajuan lebih laju daripada cahaya.
Yang ketinggalan adalah mereka yang tidak terlibat dalam perlumbaan itu. Mereka yang ketinggalan ini pula mempelajari ilmu duniawi daripada mereka yang sudah maju ini. Mereka yang ketinggalan ini ada yang Islam dan ada yang bukan Islam.

Bagaimana orang Islam itu boleh ketinggalan dalam bidang ilmu duniawi sedangkan kita dahulunya memimpin ilmu duniawi ini? Bukankah Al-Quran itu diturunkan kepada umat Islam yang membenarkannya (beriman)? Bukankah Al-Quran itu adalah tafsilan (perincian) terhadap segala sesuatu?

Persoalan ini tidak dapat dijawab dalam satu artikel seperti ini. InsyaAllah apabila siri ini berterusan isu ini akan cuba dijawab secara berperingkat.

Apa yang menjadi persoalan penting kemudiannya ialah apakah yang tinggal kepada umat Islam itu? Adakah umat Islam itu tiada kelebihan langsung dalam bidang ilmu duniawi ini kerana tidak terlibat berlumba-lumba dalam RnD sepertimana negara-negara bangsa yang bukan Islam lakukan?

Walaubagaimanapun usaha umat yang bukan Islam itu dan pencapaian ilmu yang mereka miliki, mereka sebenarnya teraba-raba. Ilmu yang mereka miliki tidak putus atau berkesimpulan. Mereka menghabiskan terlalu banyak masa, bertahun-tahun, berpuluh malah beratus tahun untuk membuat RnD yang memuaskan hati mereka. Umur manusia sekarang ini pun tidaklah sampai beratus tahun. Maknanya usaha mereka perlu disambung oleh generasi seterusnya barulah mendapat satu jawapan yang pasti bagi mereka.

Mereka menghabiskan kajian beratus tahun, barulah mereka menjumpai fakta bahawasanya alam dunia ini bermula dari satu titik misteri yang memulakan big-bang.

Beratus tahun juga dihabiskan mengkaji, semata-mata untuk kemudiannya menjumpai konsep alam ghaib secara saintifik. Yang mereka namakan sebagai dimensi lain. Bayangkan berapa generasilah yang tidak percaya kepada alam ghaib semata-mata kajian ini tidak sempurna.

Begitu juga dengan pengakhiran alam ini. Secara saintifik dan ilmu fiziknya mereka sekarang percaya dengan perkiraan matematik dan fizik, satu hari alam ini akan berakhir. Kerana ia bermula dengan big-bang, dan kemudian ia berkembang dan berkembang. Satu hari semuanya akan sampai tahap maksima dimana alam ini akan melerai. Kata mereka.

Titik Singulariti sebelum tercetusnya
big bang yang menjadi misteri bagi para saintis.
Semua ini adalah kerana mereka tidak ada iman. Iman pula datang daripada wahyu. Dalam erti kata lain, hanya dengan percaya barulah dapat menyelami ilmu hikam ini. Kerana ianya bukan meniti daripada logik akal manusia tetapi berdasarkan pengamatan ke atas wahyu. Usaha yang di pelopori oleh ulama-ulama mujtahid dahulu kala. 

Walaupun ianya atas dasar iman, perlulah juga peranan akal itu dititik beratkan. Kerana menggunakan akal itu sendiri adalah perintah daripada wahyu itu. Perintah untuk mengamati wahyu dan juga alam. InsyaAllah sekiranya diamalkan oleh insan, manfaatnya akan datang kepadanya.

Manusia yang sombong daripada memerhatikan wahyu, ialah yang ego dan menganggap kepandaian diri sendiri atau pun manusia itu adalah segala-galanya. Hakikat manusia seperti ini sebenarnya ialah kepandaian yang dianugerahkan kepada mereka itu hanyalah ujian Maha Pencipta semata-mata. Mereka merasakan diri begitu genius dengan tanggapan manusia itu mampu meneroka sendiri alam ini dengan ilmunya sendiri dan menganggap alam ini tidak ada pencipta. 

Jika ada pencipta, mereka tidak pula beranggapan pencipta itu menghantar mesej kepada mereka. Mencipta alam itu dengan ada tujuannya. Selama-lamanya dengan itu mereka tidak dapat menjawab apa itu “purpose of life”. Dengan alasan ianya tidak dapat dibuktikan dalam makmal sains.

Apabila pemikiran yang mudah dirumitkan dengan ego manusiawi, akibatnya ialah meraba-raba dalam mencari hakikat ilmu. Perkara semudah ABC akan menjadi lebih komplikated. 

Begitulah juga dengan 3 sifat yang disebut dari awal itu. Walaubagaimana cerdik dan handal pun pemikiran kita, jika terlupa dengan setting ini ilmu, irodah dan kudrat landasan pemikiran itu boleh jadi tersasar dan kita meraba-raba dalam memecahkan satu-satu persoalan.

Hubungan di antara ketiga-tiga ini haruslah dihayati dan diamati dalam setiap pemerhatian kita terhadap alam. Alam itu pula adalah alam ini dan kita sendiri. Kesemua penciptaan. Apa yang selain Tuhan itu adalah alam. Kerana perbezaannya itu adalah sesuatu yang pasti/wajib (harus - Indonesia).

Bakal bersambung. InsyaAllah.

Artkel berkaitan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...