Wednesday 15 July 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Oleh Umat Melayu. No 5.


Dalam artikel yang lepas kita telah menyebut mengenai 3 sifat utama yang sangat ringkas. Yang terlalu ringkas sehingga ada yang mungkin bertanya kenapa ia sangat ringkas dan tampak begitu simple. 

Ilmu hikam melayu yang dilupakan itu sebenarnya sifatnya adalah secekak, segenggam dan segayung. Ringkas, sedikit dan simple tampilannya tetapi berkesimpulan. Itulah hikam. 

Bukannya segantang, sepikul atau bertan-tan banyaknya tetapi tidak ada berkesimpulan. Akibatnya meraba-raba. Pakaian senjata orang melayu itu ringkas tetapi hendaklah berkesan.

Oleh itu ringkas atau sedikit itu bukan persoalannya. Walaupun sedikit, ada 3 sahaja, tetapi jika terlupa bilangannya mungkin hilanglah kekemasan tindakan kita. Maksudnya terlupa mengkategorikannya dan memberi pertimbangan sewajarnya dikhuatiri jalan tidak menjadi lurus lagi.

Gambar di bawah menunjukkan adanya keinginan dan kudrat tetapi tidak ada ilmu yang lengkap untuk melaksanakan sesuatu urusan.

Contoh ini dipercayai berlaku di luar negara.

Bukan semua ada bakat dan kemahiran untuk membuat atau memasang pintu. Dalam kes di atas, orang tersebut ada keupayaan  / kemahiran dan kehendak untuk melaksanakan urusan memasang pintu tandas (toilet) itu. Tetapi apakah yang kurangnya di sini?

Kudrat itu dimaksudkan dengan keupayaan seseorang untuk mengadakan atau mentiadakan sesuatu. 

Dalam ilmu pengurusan barat yang diajarkan di seminar-seminar pun ada benda ini. Ia sama kerana kosmologi alam ini adalah sama. Oleh itu tidak kira apa minda bangsa pun mereka melihat perkara yang sama. Yang berbeza cuma istilah.

Ia dipecahkan kepada 4 kategori pula;

1. Mengadakan / mewujudkan sesuatu
2. Menambahkan
3. Mentiadakan
4. Mengurangkan

Benda yang sedia ada, kita hanya hendak tambah atau kurangkan sahaja. Kecuali kita tak menghendaki kewujudannya. Oleh itu apakah yang mentakrifkan persoalan di hadapan kita itu. Apa masalah sebenarnya, apa isu? 

Seperti diperbincangkan dalam artikel yang lepas, dengan takrif yang kemas dan mengetahui pintu-pintu ilmu ini kita dapat mendefinasikan sesuatu permasalahan itu dengan tepat.

Bila itu berlaku, kita dapat mencari punca masalah tersebut. Berapa harga jika kita mempunyai kemahiran mengetahui punca kepada sesuatu perkara ini? Satu kemahiran yang bunyinya nampak ringkas dan simple?

Dalam sejarah manusia, yang mendapat dan mengamalkan ilmu seperti ini adalah seorang yang bergelar Zul-Qarnain. 

Wallhua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...