Tuesday 21 July 2015

Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru


Meraba-raba. 


Itulah yang terjadi kepada para saintis yang tak beriman ini. Setelah beratus tahun mereka tidak percaya kepada perkara ghaib sebab tidak dapat dilihat oleh mata mereka dan sebab tidak dapat dikaji dalam makmal mereka. Seolah-olah pancaindera manusia adalah segala-galanya dan semua yang terzahir itulah sahaja kesimpulan kepada kehidupan manusia.

Masalahnya mereka mentarbiyah manusia dengan kepercayaan mereka itu. Mereka menolak wahyu yang datang daripada Pencipta alam dan makhluk. Seolah-olah fakta Pencipta alam itu menghantar mesej kepada manusia bukanlah termasuk dalam satu kemungkinan. Kepercayaan mereka itu dimodulkan dan dipaksa menjadi kepercayaan yang diajar dalam dunia akademik. Diajar di universiti-universiti.

Tetapi rapuhnya teori yang berdasarkan kajian tanpa pimpinan wahyu ini ialah ianya berubah-ubah dengan penemuan-penemuan terbaru.

Apakah penemuan terbaru yang merubah kepercayaan saintifik terdahulu? Yang perlu diberi perhatian oleh umat?
Setelah beratus tahun mereka tidak percaya kepada perkara ghaib akhirnya mereka "dipaksa" untuk mempercayainya. Setelah formula equation matematik yang mereka sendiri rumus menunjukkan wujudnya alam ghaib itu. 

Bersedialah kita mendengar istilah-istilah saintifik bagi alam ghaib itu seperti dimensi lain, multi-verse, anti-matter, multi-dimention, parallel universe dan bermacam istilah yang lain.

Equation yang menunjukkan adanya alam lain daripada alam zahir ini.
Walaupun  equation ini telah berpuluh tahun dipertemukan tetapi hanya
baru-baru ini sahaja ia diberi perhatian akan kesannya.
Tetapi sepertimana kesilapan-kesilapan mereka yang tidak berdasarkan wahyu, vicious circle itu masih menghantui mereka. Mereka mula meraba-raba setelah menemui pertemuan baru itu. Setelah diperbetulkan, mereka mula membuat kesilapan yang baru, akibatnya umat manusia sekali lagi, (setelah berulang-ulang kali) akan dihidangkan dengan teori-teori meraba-raba ini.

Sekarang ini, anak-anak kita mempelajari teori-teori saintifik yang karut yang sudah secara saintifiknya dibuktikan tidak betul semata-mata bagi memenuhi keperluan akademik bagi pengajian luar negara. 

Teori Darwinism yang mendakwa manusia berasal daripada beruk atau great ape masih lagi diajar di institusi, matriks dan kolej yang berasaskan modul daripada negara-negara seperti US, UK dan Australia.

Walaupun ianya telah dibuktikan tidak betul dan salah dari segi kajian Dna, dari sudut ukuran equation matematik, dari segi penemuan bukti-bukti haiwan yang dikumpulkan dan bermacam-macam sudut kajian sains yang dilakukan secara saksama.

Apabila mereka menemui satu teori yang dilihat sah seperti kajian beratus tahun terhadap atom yang akhirnya memberi kesimpulan bahawa alam ini adalah seolah-olah hologram, bayang-bayang atau imaginasi yang sebenarnya hanya wujud dalam fikiran manusia. Mimpi dalam mimpi. Mereka merasakan satu persoalan timbul.

Mereka fikir jika mereka sedar bahawa alam zahir ini adalah bukan realiti sebenar. Yang membawa maksud ada lagi dimensi atau alam yang lebih real, itu menjadikan kepercayaan mereka itu sangat eksklusif kepada mereka yang mampu memahaminya sebagai saintis atau ahli fizik. 

Kesedaran baru. Cara mereka menggambarkan penemuan ini.

Mereka merasakan kesedaran baru ini perlu dikongsikan. Antaranya itulah filem yang diterbitkan daripada teori kesedaran baru ini. The Matriks. 


Matrix dualis. Teori yang dikatakan berasal
daripada seorang ahli fizik Jerman.
Mereka mahu massa atau pun manusia umumnya mempunyai pegangan yang sama seperti mereka. Mereka mahu pegangan mereka itu diajar di sekolah-sekolah.

Apa jua penemuan terbaru yang mereka dapati, dengan pantas juga dipakej untuk dijadikan bahan dalam filem-filem yang digarap khusus untuk menarik perhatian penonton. Contohnya filem Interstellar yang menyentuh beberapa isu saintifik seperti kelajuan cahaya, teori relativiti masa dan tempat, lubang hitam dan sebagainya. Incikposmen telah pun menyentuh mengenai isu-isu berkenaan filem berkenaan di sini.


Isu big-bang antara permulaan para saintis-saintis
barat ini mula berfikir luar daripada kotak materi.
Ini kerana big-bang itu berlaku "out of nothing"
atau pun dari satu titik misteri. Titik itu pun sebenarnya adalah
imaginasi semata-mata kerana sebelum adanya titik permulaan
 letusan itu, apa yang wujud ialah ketidakwujudan. Tiada apa pun.

Umat Islam dan alam ghaib.

Umat Islam sudah tentu mempercayai adanya alam ghaib. Itulah kepercayaan yang menjadi rukun iman iaitu beriman dengan perkara ghaib seperti kewujudan para malaikat dan apa yang tidak dapat dikesan melalui penglihatan mata dan zahir pancaindera tetapi dikhabarkan melalui wahyu seperti wujudnya makhluk jin, syurga, neraka, arash dan luh mahfuz. 

Wajibnya umat Islam percaya dengan perkhabaran itu adalah kerana umat Islam menerima Nabi Muhammad SAW adalah seorang utusan Tuhan Pencipta alam yang terakhir untuk umat manusia. Sebagai utusan Tuhan, wahyu yang disampaikan kepadanya sudah tentulah benar dan tidak ada keraguan dan cacat celanya. Kerana ia datang dari Pencipta tunggal alam itu sendiri. Pencipta yang Maha Tahu mengenai ciptaannya melebihi pengetahuan manusia itu. 

Umat Islam yang beriman wajib percaya dengan apa yang disampaikan melalui wahyu tanpa ragu-ragu dan tiada bersyarat seperti melakukan ujikaji di dalam makmal untuk mendapat keyakinan tentang adanya alam ghaib. Oleh itu keyakinan dan pengetahuan umat Islam itu adalah mendahului hasil kajian makmal apabila kemudiannya kajian saintifik mengesahkan sesuatu itu wujud dengan sebenar-benarnya.

Cabaran kepada umat Islam

Oleh kerana kita akan dihidangkan dengan hasil penemuan ini yang bercampur baur dengan fakta yang betul dan fakta yang salah. Sebagai contohnya dalam filem Interstellar itu ia mendakwa manusia boleh kembali ke masa lalu berdasarkan teori atau andaian sebahagian saintis yang menyatakan sekiranya seseorang bergerak lebih laju daripada cahaya dia akan kembali ke masa lampau (Past tense). 

Filem yang dihasilkan oleh orang putih ini bebas untuk menceritakan jalan ceritanya yang akhirnya akan membuatkan penonton percaya sepertimana yang didakwanya.

Hakikat yang sebenarnya telah disampaikan oleh wahyu iaitu perbuatan yang telah lepas telah berlalu dan kita tidak akan dapat mengubahnya. Begitulah juga masa lepas dan termasuklah generasi terdahulu. Apa yang kita hadapi adalah sekarang dan masa akan datang. 
Michio Kaku adalah salah seorang ahli fizik
teoritikal yang terkenal masakini.
Itu belum lagi sekiranya dakwaan itu dipakejkan menjadi modul-modul yang diajar di sekolah-sekolah.

Oleh itu umat Islam seharusnya menjadi pemimpin dan bukannya dipimpin dalam hal seperti ini. Seharusnya umat Islam menguasai dan mendahului bidang sains ini kerana hakikat alam ini telah pun diterangkan oleh kitab suci Al-Quran yang mulia yang tidak mempunyai sebarang kesalahan fakta sekali pun.

Kita menghantar anak-anak kira menghafaz al-Quran. Sudah tentulah adanya ganjaran dan kelebihan seorang hafiz sebagaimana dinyatakan dalam hadis-hadis kepada ibu-bapanya. Tetapi adakah pengajian hafiz Al-Quran itu hanya melayakkan anak-anak hafiz itu hanya menjadi imam, tukang azan, tukang baca doa, tahlil dan kenduri semata-mata. 


Apa yang berlaku apabila sesuatu bergerak melebihi kelajuan cahaya?

Ataupun mengupas isu persoalan hukum hakam semata-mata? Sedangkan pengajian hafiz al-Quran itu sudah mencakupi keseluruhan teks al-Quran dan adakah ianya tidak menyentuh langsung soal kosmologi alam dan saintifik?

Mahukah kita bersusah payah menyekolahkan anak-anak kita sehingga mengeluarkan duit lebih untuk membayar sekolah agama sesi petangnya tetapi dengan mudah pula akidah dan kepercayaan mereka dicincang-cincang apabila anak-anak itu pergi menonton wayang bersama-sama rakan-rakan?

Sedangkan persoalan akidah itu adalah fundamental agama. Amalan ibadah walau banyak mana pun kuantitinya akan tertolak dengan kepercayaan akidah yang fatal. 

Sesuatu yang wajib kita renungkan bersama.

Artikel berkaitan:

Masalah dengan filem Interstellar. 
(Bolehkah kita kembali ke masa lepas?)


Lebih Laju Dari Cahaya.
(Apa yang berlaku jika kita bergerak lebih laju daripada cahaya?)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...