Saturday 4 July 2015

Alvine kritik melayu suka sangat pergi kenduri.



Engkau dah mati besok tahulah apa hakikatnya. Tapi itulah, dia belum mati lagi. Dan kita tak tahu apa pengakhiran dia. 

Selalu dia merapu. Tapi kali ni dia attack dari segi budaya pulak. Bukan semua orang melayu pemalas, santai-santai dan tidak berusaha. Tapi lingkungan budaya itu juga memberi pengaruh kepada perkembangan dan kemajuan bangsa.


Teringat kepada sejarah Salahudin Al-Ayub..

Dia berjihad dalam medan perang, terlalu obses dengan usaha jihadnya sehingga tak sempat nak tunaikan haji. Orang melayu pulak sempat sibuk pergi kenduri. Bandingkan banyaknya masa orang melayu ada.

Tang tu macam betul pulak si Alvine ni cakap. 

Tapi suka tak Alvine kalau orang melayu kurang pegi kenduri tapi tumpukan kepada jihad macam Salahudin Al-Ayub.

Untuk bani melayu sekalian, (pinjam perkataan Encik Abdul Rani Kipidap), 

Jihad itu bukan sahaja angkat senjata, jihad ni dalam pelbagai bidang. Jihad menentang nafsu, jihad ekonomi, perniagaan, jihad pendidikan dan bermacam-macam jihad lagi. Sehinggakan mencari sesuap nasi untuk keluarga pun adalah jihad. 

Kalaulah bani melayu ni menghayati jihad yang sebenar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...